UPSR Countdown

Rabu, 27 April 2011

Tema Hari Guru 2011

Tema sambutan hari guru pada tahun 2011 ialah

'Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara'

Jumaat, 22 April 2011

Ujian Bulanan - Mei 2011

Ujian Bulan Mei bagi pelajar-pelajar Tahun 2 - 6 akan diadakan bermula pada 4 Mei 2011 sehingga 6 Mei 2011.

Adakah para pelajar sekalian sudah bersedia ???

Adakah peperangan anda disertai dengan perisai ???

Adakah anda benar-benar mahu menguji tahap pemahaman anda dalam pelajaran???

Tepuk dada tanya selera.....
Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna....

Masih ada waktu untuk anda ..... Berusahalah .... kerana kejayaan tidak akan datang bergolek.... & sesungguhnya usaha itu tangga kejayaan.

Khamis, 21 April 2011

PERUBAHAN JADUAL PELAKSANAAN PROGRAM KECEMERLANGAN UPSR 2011

Entri diambil dari Laman Web PPD Mersing

Sukacitanya dimaklumkan bahawa Program 'Shooting Star' dalam Pelan Operasi Akademik 2011 akan dilaksanakan seperti berikut :

1. Program Menggilap Permata Mersing 3 2011 (SK)
Urusetia - SK Sawah Dato'
2. Program HALUS Permata Mersing (SK)
Urusetia - SK Sri Mersing
3. Program Menggilap Permata Mersing (SJK)
Urusetia - SJKC Pai Chee
4. Program HALUS Permata Mersing (SJK)
Urusetia - SJKC Pai Chee

Sasaran : Murid-Murid Tahun Enam 2011. (1443 orang)

ATAS SEBAB-SEBAB YANG TIDAK DAPAT DIELAKKAN PELAKSAAN SIRI 1 YANG DIJADUALKAN PADA 23 APRIL INI DITANGGUHKAN KEPADA 7 MEI 2011 (SABTU)

NAMUM PROGRAM TERSEBUT BOLEH DITERUSKAN DI SJK MENGIKUT TARIKH ASAL...

DVD MODUL KECEMERLANGAN UPSR AKAN DIBEKALKAN SEMASA TAKLIMAT KHAS KEPADA GURU BESAR PADA 28 APRIL 2011 DI PPD MERSING JAM 2.30 PETANG

Cadangan Tarikh Pelaksanaan:
Tarikh Pelaksanaan :

Tarikh

Perkara

28/2/2011

Taklimat Penyelarasan Modul 2011

7-10/3/2011

Bengkel Pemurnian Modul 2011

9/4/2011

Taklimat Penggunaan Modul Program Menggilap Permata SK

12/4/2011

Taklimat Penggunaan Modul Program Menggilap Permata dan HALUS Permata SJK

16/4/2011

Taklimat Penggunaan Modul Program HALUS Permata SK

7/5/2011

Program Menggilap Permata dan HALUS Permata Bil. 1

21/5/2011

Program Menggilap Permata dan HALUS Permata Bil. 2

18/6/2011

Program Menggilap Permata dan HALUS Permata Bil. 3

9/7/2011

Program Menggilap Permata dan HALUS Permata Bil. 4

23/7/2011

Program Menggilap Permata dan HALUS Permata Bil. 5

Ahad, 17 April 2011

Kem Sehari Membina Jati Diri

Nama Program: Kem Sehari Membina Jati Diri

Matlamat: Ke arah kecemerlangan akademik.

Objektif:
~Meningkatkan daya usaha dan jati diri pelajar.
~Membina dan membentuk sahsiah pelajar.
~Meningkatkan kesedaran pelajar ke arah kecemerlangan akademik.

Sasaran: 24 orang pelajar Tahun 5, 19 orang pelajar Tahun 6, 7 orang guru & 5 orang fasilitator PLKN

Tarikh pelaksanaan: Sabtu, 6 April 2011

Tempat: Kem PLKN Teluk Sari, Tanjung Resang

Isnin, 11 April 2011

Program Kecemerlangan UPSR 2011 (Program PPD Mersing)

Entri diambil dari blog Mersing Hebat

Sukacitanya dimaklumkan bahawa Program 'Shooting Star' dalam Pelan Operasi Akademik 2011 akan dilaksanakan seperti berikut :

1. Program Menggilap Permata Mersing 3 2011 (SK)    
Urusetia - SK Sawah Dato'
2. Program HALUS Permata Mersing (SK)   
Urusetia - SK Sri Mersing

Sasaran : Murid-Murid Tahun Enam 2011.

Tarikh Pelaksanaan :

Tarikh
Perkara
28/2/2011
Taklimat Penyelarasan Modul 2011
7-10/3/2011
Bengkel Pemurnian Modul 2011
9/4/2011
Taklimat Penggunaan Modul Program Menggilap Permata SK
16/4/2011 Taklimat Penggunaan Modul Program HALUS Permata SK
23/4/2011 Program Menggilap Permata dan HALUS Permata Bil. 1
21/5/2011 Program Menggilap Permata dan HALUS Permata Bil. 2
18/6/2011 Program Menggilap Permata dan HALUS Permata Bil. 3
9/7/2011 Program Menggilap Permata dan HALUS Permata Bil. 4
23/7/2011 Program Menggilap Permata dan HALUS Permata Bil. 5



Atas sebab-sebab dan kekangan kewangan dan masa, maka pelaksanaan program berkenaan akan dijalankan secara BERASASKAN SEKOLAH.

Sehubungan itu, mohon kerjasama semua sekolah agar dapat mengatur strategi pelaksanaan program di peringkat sekolah secara berjadual.

Sekian untuk makluman dan tindakan tuan.
Wassalam.

Jumaat, 8 April 2011

Sekolah Ganti Sempena Cuti Deepavali

Makluman kepada Ibubapa & Penjaga Pelajar SK Lembaga Endau
=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=
Sekolah ganti sempena Deepavali akan diadakan seperti ketetapan beikut:

Hari / Tarikh : Sabtu, 09/04/2011

Jadual pembelajaran : Hari Isnin

Tahap 1 : 7.20 - 12.50 tengahari
Tahap 2 : 07.20 - 1.20 petang

Tarikh Cuti Yang Diganti : 24/10/11

Sekian, untuk makluman.

Ahad, 3 April 2011

Sambutan Maulidur Rasul - Siri 2

Majlis dimulakan pada jam 7.30 pagi, dengan perarakan pelajar-pelajar, guru-guru dan ibubapa di dalam kawasan kampung. Pelajar-pelajar telah berarak mengikut rumah sukan masing-masing.
 







Majlis diteruskan dengan acara di dalam dewan. Bacaan ayat-ayat suci Al-Qur'an, alunan bezanji & selawat beramai-ramai ke atas Junjungan Mulia, Nabi Muhammad S.A.W.


Acara kemuncak Majlis ini ialah ceramah yang bertajuk Cintakan Rasul. Penyampaian penceramah yang bersahaja tapi penuh dengan tauladan dan peringatan telah berjaya menarik perhatian pelajar, guru-guru ibubapa & tetamu yang berada di dalam dewan.

Acara turut dimeriahkan dengan persembahan Nasyid oleh Kumpulan Pelajar Tahun 5.


Menjelang tengah hari, tetamu menjamu selera dengan makanan yang dihidangkan di dalam talam.


Sambutan Maulidur Rasul - Siri 1

Kemeriahan sambutan MaulidurRasul peringkat sekolah telah dirasai sejak hari Khamis lagi. Masyarakat setempat telah mula datang ke sekolah untuk membantu para guru dan pekerja dalam persiapan majlis yang akan diadakan pada Jumaat, 1 April 2011.


2 ekor lembu telah ditumbangkan, sumbangan dari Encik Wahid, penduduk Felda Endau untuk dijamu di dalam majlis menyambut kelahiran Junjungan kita, Nabi Muhammad S.A.W .


Oang kampung telah bertungkus lumus bergotong royong dalam membuat persiapan memasak. Acara rewang telah diadakan di kantin sekolah.


Pada malam Jumaat bersamaan dengan 31 Mac 2011, satu Majlis Bacaan Doa Selamat & Majlis Berzanji telah diadakan selepas Isya'. Pelajar-pelajar yang mengalunkan bacaan Rawi pada malam itu adalah dibawah pimpinan Puan Umi Kalsom, seorang penduduk Felda Endau yang juga merupakan seorang guru mengaji Al-Qur'an kepada kanak-kanak di kampung ini.






Sabtu, 2 April 2011

SKLE - Johan Pertandingan Hafazan Peringkat Daerah

Tanggal 31 Mac 2011 bersamaan dengan hari Khamis, seorang pelajar SKLE telah membawa nama sekolah ke Pertandingan Hafazan dalam Majlis Tilawah Al-Qur'an & Festival Nasyid  anjuran Kokurikulum Pendidikan Islam Sekolah-sekolah Daerah Mersing untuk Tahun 2011 , 1432H.


Pelajar tersebut, Induk Zakirah Binti Mohd. Hanapiah telah berjaya mengutip mata sebanyak 87, seterusnya melayakkan beliau menjadi johan bagi kategori pelajar Perempuan (sekolah rendah).


Sekalung tahniah diucapkan kepada Induk Zakirah, yang merupakan seorang pengawas di dalam Tahun 5 di atas kesungguhan & usaha komited beliau menghafaz ayat-ayat suci Al-Qur'an. Tidak lupa juga kepada ustazah-ustazah & ibubapa beliau yang turut sama berganding bahu melatih permata sekolah ini. Kami mendoakan agar Induk dapat memberikan yang terbaik di dalam pertandingan peringkat negeri, seterusnya mengharumkan nama daerah Mersing.