UPSR Countdown

Memaparkan catatan dengan label Aktiviti Sekolah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Aktiviti Sekolah. Papar semua catatan

Isnin, 10 Oktober 2011

Majlis Persaraan 2011

Pada hari Isnin, 10 Oktober 2011 bersamaan 12 Zulkaedah 1432 H, satu majlis persaraan untuk bekas pekerja rendah awam SKLE telah diadakan secara sederhana. Pesara yang diraikan ialah En. Atan Bin Busu & En. Mat Zaid Bin Mohamad.



Majlis bermula pada jam 10.30pagi, di mana semua tetamu dan warga SKLE mengambil tempat masing-masing.


En. Atan Bin Busu, telah berkhidmat  sebagai Pekerja Rendah Awam di SKLE sejak 23 Ogos 1978.

En. Mat Zaid Bin Mohamad, telah berkhidmat  sebagai Pekerja Rendah Awam (Jaga) di SKLE sejak 12 Mac 1985.


Sesudah ucapan dari pentadbir sekolah, YDP PIBG & pesara yang diraikan, majlis diteruskan dengan penyampaian sijil dan cenderamata.


Seterusnya, tetamu menikmati jamuan makan tengahari.


Sebagai punutup majlis. pesara diarak ke pintu pagar sekolah dengan paluan kompang & iringan bunga manggar.



Sabtu, 27 Ogos 2011

Majlis Khatam Al Qur'an 2011

Satu majlis untuk meraikan pelajar-pelajar yang telah berjaya khatam al-Qur'an telah diadakan pada hari Jumaat, 26 Februari 2011 bersamaan 26 Ramadhan.

Majlis dimulakan dengan bacaan Yasin beramai-ramai oleh guru-guru dan pelajar-pelajar.

Kemudian, Puan Guru Besar telah menyampaikan sumbangan duit raya kepada anak-anak didik SK Lembaga.


Majlis diteruskan dengan bacaan surah-surah lazim oleh sekumpulan pelajar yang tediri dari pelajar Tahun 4, 5 & 6.

Seterusnya, anak-anak yatim menerima sumbangan ikhlas dari sekolah dan guru-guru. 

Sebelum majlis berakhir, sedikit saguhati berupa makanan ringan diedarkan kepada pelajar-pelajar & guru-guru. 
Pelajar perempuan Tahun 6

Guru-guru SK Lembaga Endau 2011

Selamat Menyambut Hari Raya Puasa untuk semua pengunjung blog SK Lembaga ^^

Ahad, 17 April 2011

Kem Sehari Membina Jati Diri

Nama Program: Kem Sehari Membina Jati Diri

Matlamat: Ke arah kecemerlangan akademik.

Objektif:
~Meningkatkan daya usaha dan jati diri pelajar.
~Membina dan membentuk sahsiah pelajar.
~Meningkatkan kesedaran pelajar ke arah kecemerlangan akademik.

Sasaran: 24 orang pelajar Tahun 5, 19 orang pelajar Tahun 6, 7 orang guru & 5 orang fasilitator PLKN

Tarikh pelaksanaan: Sabtu, 6 April 2011

Tempat: Kem PLKN Teluk Sari, Tanjung Resang

Ahad, 3 April 2011

Sambutan Maulidur Rasul - Siri 2

Majlis dimulakan pada jam 7.30 pagi, dengan perarakan pelajar-pelajar, guru-guru dan ibubapa di dalam kawasan kampung. Pelajar-pelajar telah berarak mengikut rumah sukan masing-masing.
 







Majlis diteruskan dengan acara di dalam dewan. Bacaan ayat-ayat suci Al-Qur'an, alunan bezanji & selawat beramai-ramai ke atas Junjungan Mulia, Nabi Muhammad S.A.W.


Acara kemuncak Majlis ini ialah ceramah yang bertajuk Cintakan Rasul. Penyampaian penceramah yang bersahaja tapi penuh dengan tauladan dan peringatan telah berjaya menarik perhatian pelajar, guru-guru ibubapa & tetamu yang berada di dalam dewan.

Acara turut dimeriahkan dengan persembahan Nasyid oleh Kumpulan Pelajar Tahun 5.


Menjelang tengah hari, tetamu menjamu selera dengan makanan yang dihidangkan di dalam talam.


Sambutan Maulidur Rasul - Siri 1

Kemeriahan sambutan MaulidurRasul peringkat sekolah telah dirasai sejak hari Khamis lagi. Masyarakat setempat telah mula datang ke sekolah untuk membantu para guru dan pekerja dalam persiapan majlis yang akan diadakan pada Jumaat, 1 April 2011.


2 ekor lembu telah ditumbangkan, sumbangan dari Encik Wahid, penduduk Felda Endau untuk dijamu di dalam majlis menyambut kelahiran Junjungan kita, Nabi Muhammad S.A.W .


Oang kampung telah bertungkus lumus bergotong royong dalam membuat persiapan memasak. Acara rewang telah diadakan di kantin sekolah.


Pada malam Jumaat bersamaan dengan 31 Mac 2011, satu Majlis Bacaan Doa Selamat & Majlis Berzanji telah diadakan selepas Isya'. Pelajar-pelajar yang mengalunkan bacaan Rawi pada malam itu adalah dibawah pimpinan Puan Umi Kalsom, seorang penduduk Felda Endau yang juga merupakan seorang guru mengaji Al-Qur'an kepada kanak-kanak di kampung ini.






Rabu, 22 Disember 2010

TARIKH PENTING UNTUK GURU-GURU SK LEMBAGA

Berikut adalah tarikh-tarikh penting yang perlu diberi perhatian oleh semua guru SK Lembaga untuk Tahun 2011:

TARIKH PENTING UNTUK SEMUA GURU:
22/12/10- Gotong royong semua kelas dan bilik khas
23/12/10 (9.00 am)- Taklimat KSSR/PBS (Semua guru terlibat.Penceramah: Pn. Rohani)
24/12/10 (9.00 am)-Taklimat Plan J (Semua Guru Terlibat. Penceramah: En. Latiff Ahmad)
27/12/10 (8.30 am)- Mesyuarat Profesional (Semua Guru)
28/12/10 - Mesyuarat Kurikulum (Semua Guru)
29/12/10 (9.00 am) - Mesyuarat Panitia BM, BI, Mate, Sains, Agama/Arab
30/12/10 - Mesyuarat Panitia PJ/SIV/KH,KT,MUZIK,SENI

Semua guru diharap menghadirkan diri. Jika ada persoalan, sila berhubung terus dengan kakitangan pentadbiran sekolah ditalian 07-7942940. Sekian, wassalam.

Isnin, 20 Disember 2010

SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH

Sila ambil perhatian pada tarikh-tarikh penting yang berikut:

1) Tarikh: 29/12/2010 (Rabu) - 1/1/2011 (Sabtu)
    Masa: 9.00 am - 12.00 pm
    Perkara: Pembelian Keperluan Peralatan Persekolahan

2) Tarikh: 1/1/2011 (Sabtu)
    Masa: 7.30 am - 10.30 am
    Perkara: Pembayaran Yuran Tambahan

**Murid-murid DIWAJIBKAN hadir dengan berpakaian sekolah

Sesi persekolahan akan bermula pada 3 Januari 2011 (Isnin)

Khamis, 25 November 2010

SEKITAR MAJLIS HARI TERBUKA DAN MAJLIS PENYAMPAIAN HADIAH 2010

Pada 15 November 2010 (Isnin), telah diadakan Majlis Hari Terbuka dan Majlis Penyampaian Hadiah. Pelajar-pelajar Tahun 6 dan Prasekolah juga diraikan dalam Majlis Graduasi pada hari yang sama. Majlis ini telah dirasmikan oleh Tuan Haji Tukiman bin Kalam. Majlis bermula pada jam 7.30 pagi dan berakhir pada jam 1 tengahari.

Sila layari Laman Facebook Sekolah di www.facebook.com/ Sekolah Kebangsaan Lembaga untuk melihat lebih banyak koleksi gambar.

KELAS KOMPUTER SESI CUTI AKHIR TAHUN NOV-DIS 2010

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia.

Fasilitator Schoolnet SK Lembaga akan mengadakan Kelas Komputer untuk Sesi Cuti Akhir Tahun Nov - Dis 2010 seperti maklumat berikut:

Tarikh: 29/11/2010 - 17/12/2010
Tempat: Pusat Akses SK Lembaga
Masa: 8.30-10.30 (Kumpulan 1) dan 10.30-12.30 (Kumpulan 2)- Sila rujuk lampira

KLIK DI SINI UNTUK LAMPIRAN JADUAL WAKTU DAN JADUAL KUMPULAN

*Kelas yang diadakan pada Hari Jumaat akan tamat pada pukul 12.00 tengahari.
*Pelajar yang berminat dialukan untuk menggunakan komputer pada jam 3.00-5.00 petang untuk  peningkatan kendiri
*Sila hadir hanya pada waktu yang telah diTETAPkan
*Sila bawa pendrive / disket

MAKLUMAN PENTING:
1)Kelas Komputer untuk Tahun 5 pada 7/12/10 (Selasa) diBATALkan kerana Cuti Am Awal Muharam.
2)Kelas Komputer Tahun 5 akan diadakan pada 8/12/10 dan 10/12/10 jam 3.00-5.00 petang.

Untuk makluman, Jadual Kumpulan dan Jadual Waktu untuk setiap kumpulan telah pun diedar kepada pelajar sebelum bermulanya cuti akhir tahun. Semua ibubapa diharap mengambil perhatian dan menghantar anak mengikut masa yang telah ditetapkan. Sekian, harap maklum. 

Rabu, 10 November 2010

HARI PENYAMPAIAN HADIAH TAHUN 2010

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia.

Dimaklumkan bahawa Majlis Penyampaian Hadiah Peringkat Sekolah akan diadakan seperti maklumat yang berikut:

Tarikh: 15 November 2010 (Isnin)
Tempat: Dewan Sekolah Kebangsaan Lembaga

Semua ibubapa dan penjaga di jemput hadir untuk memeriahkan suasana. Tetamu yang hadir diharap berpakaian kemas. Sekian, wassalam.

Jumaat, 15 Oktober 2010

SEKITAR SAMBUTAN KEMERDEKAAN KE-53

Warga Sekolah Kebangsaan Lembaga telah menyambut Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke-53 dengan meriah dan sederhana di sekitar Sekolah Kebangsaan Lembaga. Sambutan Bulan Kemerdekaan itu telah diadakan pada 30 Ogos 2010 yang lalu.
Guru-guru turut menjayakan aktiviti Sambutan Kemerdekaan 

 

Para pelajar berbaris sambil memegang Jalur Gemilang

Khamis, 23 September 2010

SAMBUTAN HARI RAYA PERINGKAT SEKOLAH

Sekolah akan mengadakan satu majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri peringkat sekolah seperti maklumat berikut:

Tarikh: 24 September 2010 (Jumaat)
Tempat: Dewan Sekolah Kebangsaan Lembaga
Masa: 9.00 - 12.00 tengahari
Acara: Marhaban dari kelas ke kelas dan jamuan makan

Sehubungan dengan itu, semua warga sekolah dialukan berpakaian kemas Hari Raya. Harap Maklum.

Jumaat, 27 Ogos 2010

MAJLIS BERBUKA PUASA TAHUN 1431H

Satu Majlis Berbuka Puasa yang dianjurkan oleh Panitia Agama Islam akan diadakan seperti maklumat berikut:

Hari / Tarikh: Isnin (30 Ogos 2010)
Masa: 6.00 - 8.00 malam
Tempat: Sekolah Kebangsaan Lembaga

Di samping Majlis Berbuka Puasa, akan diadakan juga Majlis Khatam Quran dan Bacaan Yasin sebagai meraikan Hari Kemerdekaan Negara yang ke-53 yang akan menjelang tiba pada 31 Ogos 2010. Semua warga sekolah, pelajar Tahap 2 dan para jemputan dijemput hadir.

Sekian, terima kasih.

Rabu, 4 Ogos 2010

BENGKEL TEKNIK MENJAWAB SOALAN UPSR TAHUN 2010

Satu program yang dinamakan Bengkel Teknik Menjawab Soalan UPSR telah diadakan di Makmal Komputer SK Lembaga dengan kehadiran 26 orang pelajar Tahun 6. Bengkel ini diadakan bertujuan untuk meningkatkan kecemerlangan UPSR para pelajar Tahun 6 SK Lembaga.

Selasa, 20 Julai 2010

PELAKSANAAN UJIAN SEGAK

PELAKSANAAN UJIAN SEGAK

Makluman kepada semua guru dan pelajar yang terlibat. Pelaksanaan SEGAK adalah seperti ketetapan berikut:

Tarikh: 24 Julai 2010 (Sabtu)
Masa : 8.00 - 11.00 pagi

Diharap mendapat perhatian daripada semua guru dan pelajar. Sekian, harap maklum.

Selasa, 6 Julai 2010

AKTIVITI KO-KURIKULUM

AKTIVITI KO-KURIKULUM

Aktiviti Ko-Kurikulum untuk semua pelajar SK Lembaga akan diadakan pada 10 Julai 2010 (Sabtu). Semua guru dan pelajar SK Lembaga dikehendaki hadir. Harap Maklum.