UPSR Countdown

Jumaat, 27 Ogos 2010

CUTI BERGANTI

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia.

Pihak Sekolah Kebangsaan Lembaga dengan ini ingin memaklumkan kepada semua guru, pekerja, pelajar dan semua ibubapa pelajar SK Lembaga bahawa sesi persekolahan akan bermula pada 15 September 2010 (Rabu). Sesi persekolahan pada 14 September 2010 (Selasa) akan digantikan pada 18 September 2010 (Sabtu).

Sekian, harap maklum.

MAJLIS BERBUKA PUASA TAHUN 1431H

Satu Majlis Berbuka Puasa yang dianjurkan oleh Panitia Agama Islam akan diadakan seperti maklumat berikut:

Hari / Tarikh: Isnin (30 Ogos 2010)
Masa: 6.00 - 8.00 malam
Tempat: Sekolah Kebangsaan Lembaga

Di samping Majlis Berbuka Puasa, akan diadakan juga Majlis Khatam Quran dan Bacaan Yasin sebagai meraikan Hari Kemerdekaan Negara yang ke-53 yang akan menjelang tiba pada 31 Ogos 2010. Semua warga sekolah, pelajar Tahap 2 dan para jemputan dijemput hadir.

Sekian, terima kasih.

Jumaat, 20 Ogos 2010

SELAMAT MENYAMBUT KEMERDEKAAN KE-53







SELAMAT MENYAMBUT KEMERDEKAAN KE-53










PENCIPTA BENDERA MALAYSIA: 
ALLAHYARHAM MOHAMED BIN HAMZAH






SEJARAH BENDERA MALAYSIA 

Inilah wajah pencipta bendera Malaysia atau kini lebih dikenali sebagai Jalur Gemilang. Beliau ialah Allahyarham Mohamed bin Hamzah. Berasal dari Johor Bahru dan bertugas sebagai kakitangan Jabatan Kerja Raya (JKR) Johor.

PERHATIAN: Anda boleh menghantar ucapan Salam Kemerdekaan di Ruangan CATAT ULASAN pada mukasurat sebelah  

Khamis, 5 Ogos 2010

PENDAFTARAN PELAJAR PRASEKOLAH SESI PERSEKOLAHAN 2011

Pendaftaran untuk pelajar prasekolah sesi persekolahan 2011 akan dibuka mulai 15 Ogos - 1 November 2010 jam 8.00 pagi - 4.00 petang di Kelas Prasekolah Mutiara SK Lembaga. Ibubapa yang mempunyai anak berusia 5 tahun ke atas digalakkan untuk memohon.

MESYUARAT PROFESIONAL PPD, PENGETUA DAN GURU BESAR BIL.2/2010

MESYUARAT PROFESIONAL PPD, PENGETUA DAN GURU BESAR BIL.2/2010
Tindakan      :Pegawai Di PPD, Pengetua Dan Guru Besar
Tarikh:04-08-2010
Unit:UMUM
Oleh:Us. Wan Nadzri Bin Wan Abd Rahman


Maklumat:Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.

Sukacita dengan hormatnya dimaklumkan bahawa mesyuarat tersebut akan diadakan seperti ketetapan berikut :

Tarikh : 9 Ogos 2010 (Isnin)

Rabu, 4 Ogos 2010

BENGKEL TEKNIK MENJAWAB SOALAN UPSR TAHUN 2010

Satu program yang dinamakan Bengkel Teknik Menjawab Soalan UPSR telah diadakan di Makmal Komputer SK Lembaga dengan kehadiran 26 orang pelajar Tahun 6. Bengkel ini diadakan bertujuan untuk meningkatkan kecemerlangan UPSR para pelajar Tahun 6 SK Lembaga.