UPSR Countdown

Memaparkan catatan dengan label 2011. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label 2011. Papar semua catatan

Isnin, 10 Oktober 2011

Majlis Persaraan 2011

Pada hari Isnin, 10 Oktober 2011 bersamaan 12 Zulkaedah 1432 H, satu majlis persaraan untuk bekas pekerja rendah awam SKLE telah diadakan secara sederhana. Pesara yang diraikan ialah En. Atan Bin Busu & En. Mat Zaid Bin Mohamad.



Majlis bermula pada jam 10.30pagi, di mana semua tetamu dan warga SKLE mengambil tempat masing-masing.


En. Atan Bin Busu, telah berkhidmat  sebagai Pekerja Rendah Awam di SKLE sejak 23 Ogos 1978.

En. Mat Zaid Bin Mohamad, telah berkhidmat  sebagai Pekerja Rendah Awam (Jaga) di SKLE sejak 12 Mac 1985.


Sesudah ucapan dari pentadbir sekolah, YDP PIBG & pesara yang diraikan, majlis diteruskan dengan penyampaian sijil dan cenderamata.


Seterusnya, tetamu menikmati jamuan makan tengahari.


Sebagai punutup majlis. pesara diarak ke pintu pagar sekolah dengan paluan kompang & iringan bunga manggar.



Jumaat, 7 Oktober 2011

Lawatan Ke Loji Air Endau

Pada hari Jumaat, bersamaan dengan 7 Oktober, satu lawatan ke Loji Penapisan Air di Felda Endau telah diadakan. Lawatan ini merupakan salah satu Program Selepas UPSR, dengan 20 orang pelajar diiringi 4 orang guru.


Setibanya kami ke sana, satu taklimat mengenai keselamatan telah diberi oleh salah seorang staf SAJ. 

Peserta rombongan telah dibawa menaiki satu menara yang menempatkan satu penapis besar. Di sini, air mentah dari tasik yang telah dicampur dengan bahan kimia ditapis. Bendasing yang terkumpul dipermukaan air jelas kelihatan, dan baunya yang hamis menusuk hidung.

 Di bilik pam.
 
Lokasi seterusnya ialah Makmal. Di sini, staf bertugas akan memeriksa kualiti air untuk beberapa  tahap dalam tempoh masa yang tertentu.

Rombongan pulang ke sekolah pada jam 10.45 pagi.

Selasa, 4 Oktober 2011

Aktiviti Pelajar Tahun 6 Selepas UPSR

Laporan bergambar


=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=
Hari/Tarikh: Selasa, 4 Oktober 2011
Kelolaan: Cikgu Didi
Aktiviti: Penyediaan Sarapan yang mudah - Roti Sandwich 
=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=
Kumpulan 1: Aidatul - Athirah T - Fatihah - Sabrina 


Kumpulan 2: Athirah I - Amirah - Atikah  -  Humairah


 
Kumpulan 3 : Safiq - Arif - Fitri - Suhail


 Kumpulan 4 : Fadhil- Nasa - Bad- Rani -Firdaus



Selesai penyediaan roti sandwich, masa untuk penilaian:
 
 







Menjamu selera dengan air tangan masing-masing  =) :


Khamis, 15 September 2011

Alhamdulillah, Selesai sudah UPSR 2011

Sama-sama kita berdoa agar kejayaan dan kecemerlangan milik kita.

Untuk pelajar-pelajar tahun 6, kedatangan ke sekolah selepas UPSR adalah WAJIB ya...
Ada program-program yang telah diatur dan disusun khas untuk pelajar-pelajar semua.

Jumaat, 9 September 2011

Contoh soalan Ujian Aptitud

Sumber: http://www.skbandarputra.com/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=278:contoh-ujian-aptitud-mudah&catid=76:am


Ujian 1: Pemikiran Logik
Di antara berikut yang mana ganjil?
1. Ο kertas  Ο pokok  Ο tikus  Ο orang

2. Ο telinga  Ο bibir  Ο dada  Ο hidung

3.
Ο pen  Ο pensil  Ο krayon  Ο kertas

4. Ο keju  Ο mentega  Ο susu  Ο susu kultur
5. Ο kolam renang  Ο tasik  Ο air  Ο kolam

6. Ο helang  Ο tupai  O awan  Ο kapal terbang

7. Ο Ogos  Ο Disember  Ο November  Ο Januari

9. Ο 29 Februari 2000  Ο 29 April 1998  Ο 31 Jun 1999  O 31 Ogos 1997

10. Ο jaket  Ο baju T  Ο kain  Ο seluar panjang
Gantikan tanda ? berikut
1. + + + & & & & & ; - - - & & & & ; x x x & & & ; ÷ ÷ ÷ & & ; ?
Ο + + + &
Ο x x x & &
Ο + + +
Ο x x x

2. # $ & # $ $ & # # $ ? & ? # $ $ $ &
Ο $ #
Ο $ $
Ο # $
Ο # #

3. > < = = + > ? ? = +
Ο < =
Ο > =
Ο = >
Ο = <

4. @ < ^ > @ ? ^ > @ < ? ? @ < ^ > @ < ^ > @
Ο < ^ >
Ο > ^ <
Ο < ^ <
Ο > ^ >

5. + - - X + + + - - - - X + + + ? ? ? - - - - - X
Ο + + -
Ο + - -
Ο + + +
Ο - - -

Isi tempat kosong dengan abjad yang betul.
1. B, C, D, F, G, H, J, _______
2. A, D, G, J, M, P, S, _______
3. A, E, _______, M, Q, U, Y
4. E, _______, P, T, W, Y, Z
5. X, W, C, D, V, U, E, F, _______
6. Y, B, X, C, W, D, V, _______
7. A, E, F, H, I, K, L, _______
8. B, C, D, G, _______, O, P, Q
9. O, T, T, F, F, S, S, _______
Isi tempat kosong dengan nombor yang betul.
1. 4, 8, 16, 32, 64, _______
2. 1, 3, 6, 10, 15, _______
3. 200, 196, 180, 116, _______
4. 213, 426, _______, 852, 1065, 1278
5. 8, 27, 64, _______, 216, 343
6. 3, 10, 20, 27, _______, 44
7. _______, 0.99, 9.9, 99, 990, 9900
8. 243, 162, 108, 72, _______, 32
9. 2, 6, 14, _______, 62, 126
Apakah gambar seterusnya?

Sabtu, 27 Ogos 2011

Majlis Khatam Al Qur'an 2011

Satu majlis untuk meraikan pelajar-pelajar yang telah berjaya khatam al-Qur'an telah diadakan pada hari Jumaat, 26 Februari 2011 bersamaan 26 Ramadhan.

Majlis dimulakan dengan bacaan Yasin beramai-ramai oleh guru-guru dan pelajar-pelajar.

Kemudian, Puan Guru Besar telah menyampaikan sumbangan duit raya kepada anak-anak didik SK Lembaga.


Majlis diteruskan dengan bacaan surah-surah lazim oleh sekumpulan pelajar yang tediri dari pelajar Tahun 4, 5 & 6.

Seterusnya, anak-anak yatim menerima sumbangan ikhlas dari sekolah dan guru-guru. 

Sebelum majlis berakhir, sedikit saguhati berupa makanan ringan diedarkan kepada pelajar-pelajar & guru-guru. 
Pelajar perempuan Tahun 6

Guru-guru SK Lembaga Endau 2011

Selamat Menyambut Hari Raya Puasa untuk semua pengunjung blog SK Lembaga ^^

Rabu, 27 April 2011

Tema Hari Guru 2011

Tema sambutan hari guru pada tahun 2011 ialah

'Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara'