UPSR Countdown

Sabtu, 2 April 2011

SKLE - Johan Pertandingan Hafazan Peringkat Daerah

Tanggal 31 Mac 2011 bersamaan dengan hari Khamis, seorang pelajar SKLE telah membawa nama sekolah ke Pertandingan Hafazan dalam Majlis Tilawah Al-Qur'an & Festival Nasyid  anjuran Kokurikulum Pendidikan Islam Sekolah-sekolah Daerah Mersing untuk Tahun 2011 , 1432H.


Pelajar tersebut, Induk Zakirah Binti Mohd. Hanapiah telah berjaya mengutip mata sebanyak 87, seterusnya melayakkan beliau menjadi johan bagi kategori pelajar Perempuan (sekolah rendah).


Sekalung tahniah diucapkan kepada Induk Zakirah, yang merupakan seorang pengawas di dalam Tahun 5 di atas kesungguhan & usaha komited beliau menghafaz ayat-ayat suci Al-Qur'an. Tidak lupa juga kepada ustazah-ustazah & ibubapa beliau yang turut sama berganding bahu melatih permata sekolah ini. Kami mendoakan agar Induk dapat memberikan yang terbaik di dalam pertandingan peringkat negeri, seterusnya mengharumkan nama daerah Mersing.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan