UPSR Countdown

Sabtu, 26 Februari 2011

Cikgu Puade, jasamu dikenang..

Beliau telah mengajar di SK Lembaga hampir 8 tahun.
Beliau seorang guru yang bededikasi dan komited dalam tugasnya.
Beliau merupakan seorang guru yang sentiasa dekat di hati para pelajarnya.


Tanggal 11 Februari 2011, warga sekolah telah dikejutkan dengan berita beliau yang ditawarkan jawatan seorang Guru Penolong Kanan Kokurikulum di SK Tenggaroh 3.


Kami warga SKLE menerima berita gembira ini dengan hati yang terbuka. Pemergian seorang guru berdedikasi sedikit sebanyak membuatkan kami bersedih, namun kami tetap mendoakan beliau terus maju dan berjaya dalam profession perguruan ini.   


Jamuan perpisahan Cikgu Puade Bin Jamak telah kami adakan di Kelong Acheh.



Rabu, 23 Februari 2011

Sukantara 2011 SKLE

Pagi Sabtu sekali lagi menyaksikan pelajar-pelajar SKLE membanjiri kawasan padang sekolah untuk acara sukantara tahunan.


Tarikh 19 Februari 2011 juga merupakan hari bersekolah ganti bagi pelajar-pelajar.


Acara sukan yang dijalankan adalah, lompat tinggi, lompat jauh dan larian pecut 100 meter.





Hujan gerimis yang turun berselang seli dengan acara tidak mematahkan semangat pelajar dan guru untuk menjayakan program ini.

Selasa, 15 Februari 2011

Larian Perdana Mahkota - Satu Murid Satu Sukan Peringkat SKLE

Pada Sabtu, 12 Februari 2011 yang lalu satu program larian telah diadakan untuk murid-murid tahap dua, guru-guru & staf-staf SK Lembaga Endau. Larian ini juga telah dijalankan secara serentak di kalangan seluruh warga pendidikan negeri Johor.


Acara telah dimulakan pada jam 8.15 pagi, dengan aktiviti regangan  yang dipimpin oleh guru-guru. Larian dimulakan dari dataran perhimpunan SKLE pada jam 8.45 pagi meliputi kawasan sejauh 1.5 KM di dalam Felda Endau.



Sekalung terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat, secara langsung atau tidak dalam menjayakan acara larian ini.