UPSR Countdown

Khamis, 23 September 2010

SAMBUTAN HARI RAYA PERINGKAT SEKOLAH

Sekolah akan mengadakan satu majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri peringkat sekolah seperti maklumat berikut:

Tarikh: 24 September 2010 (Jumaat)
Tempat: Dewan Sekolah Kebangsaan Lembaga
Masa: 9.00 - 12.00 tengahari
Acara: Marhaban dari kelas ke kelas dan jamuan makan

Sehubungan dengan itu, semua warga sekolah dialukan berpakaian kemas Hari Raya. Harap Maklum.

Selasa, 21 September 2010

ALUMNI SK LEMBAGA

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia,

Pihak sekolah dan pihak Persatuan Ibubapa dan Guru SK Lembaga bercadang untuk menubuhkan Alumni SK Lembaga yang akan dimulakan pada tahun 2011. Dengan ini, bekas pelajar, para pelajar, guru- guru dan pekerja dialukan untuk memberikan respon kepada cadangan tersebut. Anda juga boleh memberikan sebarang cadangan, komen dan pendapat mengenai penubuhan alumni sekolah. Kerjasama daripada pihak anda amat dialu-alukan. Sekian, wassalam.

Isnin, 20 September 2010

CUTI SEMPENA UPSR 2010

Pihak sekolah ingin memaklumkan kepada semua ibubapa bahawa pelajar Prasekolah sehingga pelajar Tahun 4 diberikan cuti bersempena dengan UPSR 2010 yang akan diadakan pada 21 - 23 September 2010. Giliran cuti adalah seperti berikut:

TARIKH KELAS YANG DIBENARKAN CUTI
21/9/2010Prasekolah, Tahun 1, Tahun 2
22/9/2010Prasekolah, Tahun 1, Tahun 3
23/9/2010Prasekolah, Tahun 1, Tahun 4

Sehubungan dengan itu, ibubapa diharap dapat memastikan kehadiran anak anda ke sekolah selain daripada tarikh yang telah dinyatakan. Kerjasama daripada anda amat dialu-alukan. Sekian, harap maklum.

UPSR 2010


Selasa, 7 September 2010