UPSR Countdown

Selasa, 6 April 2010

Program Bestari ICT



Program Bestari ICT telah diadakan pada 17 Mac 2010 (Rabu). Pelajar yang terpilih untuk menyertai program ini adalah seramai 15 orang terdiri daripada pelajar Tahap 2. Topik yang diajar pada program tersebut merangkumi topik-topik yang terkandung di dalam Microsoft office Power Point. Program Bestari ICT adalah inisiatif daripada Badan Permuafakatan Fasilitator SchoolNet Daerah Mersing. Sekolah- sekolah yang terlibat:
  • SK Lembaga
  • SK Pusat Air Tawar
  • SJKC Chiao Ching
  • SK Tenggaroh 6
  • SK Tenggaroh 3
  • SMK Anjung Batu
  • SM Sains Sultan Iskandar
  • SMK Nitar
  • SMK Tenggaroh A
  • SMK Sri Mersing
Semoga dengan perlaksanaan pelbagai program berasaskan ICT oleh Fasilitator SchoolNet (FS) di setiap sekolah yang terbabit dapat membantu pelajar dan warga sekolah untuk terus maju dalam bidang ICT.

Gambar-gambar di sekitar Program Bestari ICT berlangsung:

Tempat: Pusat Akses SK Lembaga
Tarikh: 17 Mac 2010 (Rabu)
Masa: 8.30-1.00 pm