UPSR Countdown

Khamis, 27 Mei 2010

SEKITAR SAMBUTAN HARI GURU SK LEMBAGA

SEKITAR SAMBUTAN HARI GURU SK LEMBAGA
Pada 17 Mei 2010 (Isnin) telah berlangsungnya majlis sederhana untuk Sambutan Hari Guru Tahun 2010 di Dewan Sekolah Kebangsaan Lembaga. Semua guru dan staf serta sebahagian pelajar terlibat untuk sukaneka dan pertunjukan sempena Sambutan Hari Guru.Berikut adalah antara sebahagian gambar Sambutan Hari Guru:

Rabu, 19 Mei 2010

PERUBAHAN TERKINI PROGRAM MENGGILAP PERMATA 2

PERUBAHAN TERKINI PROGRAM MENGGILAP PERMATA 2
Tindakan :Guru Besar
Tarikh:19-05-2010
Unit:KURIKULUM
Oleh:Us. Wan Nadzri Bin Wan Abd Rahman



Maklumat:Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.
Berikut dimaklumkan bahawa beberapa perubahan telah dibuat ke atas ketetapan sebelum ini seperti berikut:

Selasa, 18 Mei 2010

MAJLIS PENUTUP PROGRAM BESTARI ICT

MAJLIS PENUTUP PROGRAM BESTARI ICT

Majlis Penutup Program Bestari ICT Anjuran Fasilitator Schoolnet Daerah Mersing akan diadakan seperti butir- butir berikut:

Tarikh : 9 Jun 2010 (Rabu)
Masa: 9.00 am
Tempat: SMK Anjung Batu, Mersing
Sekolah yang terlibat: Sekolah- sekolah yang mempunyai Fasilitator Schoolnet seperti:

Jumaat, 14 Mei 2010

SELAMAT HARI GURU TAHUN 2010

Rabu, 12 Mei 2010

SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT SEKOLAH

SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT SEKOLAH

Sambutan Hari Guru peringkat sekolah akan diadakan seperti berikut:

Tarikh: 17 Mei 2010 (Isnin)
Tempat: SK Lembaga

Antara acara sempena Sambutan Hari Guru:
  • Perhimpuanan
  • Sukaneka
  • Acara Lelong
  • Persembahan
  • Jamuan
SELAMAT HARI GURU!!!!!!!

Isnin, 10 Mei 2010

PEMBETULAN WAKTU MESYUARAT PENYELARASAN HARI PEKERJA DAN GURU 2010

PEMBETULAN WAKTU MESYUARAT PENYELARASAN HARI PEKERJA DAN GURU 2010

Merujuk kepada makluman bertarikh 6 Mei 2010

Mesyuarat yang dijadualkan akan diadakan pada jam 1.20pm diawalkan kepada pukul 12.00pm.

Perkara:Mesyuarat Penyelarasan Hari Guru dan Pekerja 2010
Masa: 12 pm
Tempat:Bilik Mesyuarat SK Lembaga
Penglibatan: Semua Guru dan Pekerja SK Lembaga

Segala kesilapan amat dikesali. Harap maklum.

Khamis, 6 Mei 2010


Selamat Hari Ibu diucapkan kepada semua guru yang bergelar ibu serta ibu-ibu di seluruh negara.

"HAPPY MOTHER'S DAY"

PROGRAM BESTARI ICT PUSINGAN AKHIR

HEBAHAN DAN MUATURUN SURAT PANGGILAN PROGRAM PEMBESTARIAN ICT KE 9 - SJK (C) CHIAO CHING, ENDAU - JUMAAT - 7 MEI 2010

Tindakan :Pengetua / Guru Besar / Fasilitator-Schoolnet
Tarikh:06-05-2010
Unit:MAKLUMAT-ICT
Oleh:En. Azman Bin Yusof



Maklumat:Perkara di atas adalah dirujuk. Sila muaturun surat panggilan program tersebut untuk makluman dan tindakan tuan.

Sekian. Terima Kasih


Sila klik di sini untuk muat turun surat

MESYUARAT PENYELARASAN HARI GURU DAN PEKERJA SK LEMBAGA

MESYUARAT PENYELARASAN HARI GURU DAN PEKERJA SK LEMBAGA TAHUN 2010

Satu mesyuarat untuk membincangkan hal- hal berbangkit mengenai sambutan Hari Guru dan Pekerja SK Lembaga Tahun 2010 akan diadakan sepertimana berikut:

Tarikh : 10 Mei 2010 (Isnin)
Masa : 1.20 petang
Tempat : Bilik Mesyuarat SK Lembaga
Penglibatan : Semua Guru dan Pekerja SK Lembaga

Harap mendapat kerjasama daripada semua pihak yang terlibat. Harap maklum.

Isnin, 3 Mei 2010

MESYUARAT AJK BKGP

MESYUARAT AJK BKGP SK LEMBAGA

Dengan ini dimaklumkan bahawa satu Mesyuarat AJK BKGP SK Lembaga akan diadakan seperti ketetapan berikut:

Tarikh: 4 April 2010 (Selasa)
Masa: 12.50 pm
Tempat: Bilik Mesyuarat SK Lembaga

Diharap semua AJK BKGP sekolah dapat menghadirkan diri ke mesyuarat tersebut. Harap maklum.

MESYUARAT PENGURUSAN DAN PENYELARASAN SUKAN PRASEKOLAH

MESYUARAT PENGURUSAN DAN PENYELARASAN SUKAN PRASEKOLAH PERINGKAT DAERAH MERSING TAHUN 2010
Tindakan :GURU PENDIDIKAN PRASEKOLAH
Tarikh:03-05-2010
Unit:PENGURUSAN SEKOLAH
Oleh:En. Khair Affandi Bin Mohd



Maklumat:

MESYUARAT PENGURUSAN DAN PENYELARASAN SUKAN PRASEKOLAH PERINGKAT DAERAH MERSING TAHUN 2010

Sukacita dimaklumkan satu mesyuarat pengurusan dan penyelarasan sukan tersebut akan diadakan seperti ketetapan berikut :

Tarikh : 4 Mei 2010
Masa : 2.30 petang
Tempat: Bilik Mesyuarat PPD Mersing

Sekian, terima kasih

TIKET CALON PEPERIKSAAN PTK SESI 1 BULAN JUN 2010

TIKET CALON PEPERIKSAAN PTK SESI 1 BULAN JUN 2010
Tindakan :Semua Calon Peperiksaan PTK Sesi 1, Jun 2010
Tarikh:30-04-2010
Unit:PEPERIKSAAN
Oleh:Cik Nurul Syuhadah Bt. Abd Halim



Maklumat:Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia.

Dengan ini perkara di atas dirujuk. Dukacita kami maklumkan bahawa tiket calon peperiksaan PTK yang telah diedarkan mengikut sekolah dibatalkan kerana terdapat masalah teknikal yang tidak dapat dielakkan.


Oleh itu, sekolah-sekolah yang telah mengambil tiket tersebut diminta untuk menyimpannya sebagai simpanan dalaman sekolah sahaja.

Tiket calon peperiksaan PTK sesi 1 bulan Jun 2010 yang terkini akan diberi setelah mendapat maklumat dari Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM).

Kerjasama dari pihak tuan amat kami hargai.

Sekian, terima kasih.

PINDAAN TARIKH DAN TEMPAT SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT NEGERI 2010

PINDAAN TARIKH DAN TEMPAT SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT NEGERI 2010


Tindakan :SEMUA WARGA PENDIDIKAN
Tarikh:29-04-2010
Unit:PENGURUSAN SEKOLAH
Oleh:En. Hasan Bin Abd. Rashid



Maklumat:Untuk makluman, terdapat sedikit perubahan kepada tarikh dan tempat sambutan hari guru peringkat negeri Johor tahun 2010.

Tarikh sambutan hari guru ialah pada 24 Mei 2010 (Isnin) dan bertempat di Dewan SMK Simpang Renggan, Kluang jam 2.00 petang.

YAB Menteri Besar Johor akan menyempurnakan majlis sambutan.

Terima kasih.