UPSR Countdown

Isnin, 26 April 2010

EMIS ONLINE - KEPUTUSAN MESYUARAT JAWATANKUASA PENYELARASAN MAKLUMAT ASAS PENDIDIKAN KPM BIL.1/2010

EMIS ONLINE - KEPUTUSAN MESYUARAT JAWATANKUASA PENYELARASAN MAKLUMAT ASAS PENDIDIKAN KPM BIL.1/2010

Tindakan :Pengetua, Guru Besar Dan Guru Data
Tarikh:21-04-2010
Unit:MAKLUMAT-ICT
Oleh:En. Mohd Halil Bin Haji Ali



Maklumat:
Merujuk kepada Minit Mesyuarat Jawatankuasa Penyelarasan Maklumat Asas Pendidikan Kementerian Pelajaran Malaysia Bil.1/2010 pada 9 dan 10 Mac 2010 di Shah Alam, Selangor antara lain memutuskan:-

1. Maklumat CONVERSION COURSE hendaklah dimasukkan dalam KELULUSAN IKHTISAS dengan tidak membuang ikhtisas asal. Ini bermakna guru berkenaan mempunyai lebih dari satu Kelulusan Ikhtisas.



2. Bagi Guru yang melanjutkan pelajaran dan mengambil Ijazah Dengan Pendidikan dikira conversion dan hendaklah dimasukkan dalam Kelulusan Ikhtisas dengan tidak membuang kelulusan ikhtisas asal.

3. Bagi Guru yang melanjutkan pelajaran ijazah tidak dengan pendidikan hanya perlu dimasukkan pada kelulusan akademik sahaja.

4. Mesyuarat juga diberitahu masih terdapat banyak Pengetua dan Guru Besar kurang beri perhatian kepada pengurusan kutipan data sekolah menyebabkan Guru Data tidak mendapat kerjasama daripada guru lain. Ini termasuk Pengetua Guru Besar tidak pernah menimbulkan EMIS dalam mesyuarat profesional dengan guru atau staf.

Segera ambil tindakan.