UPSR Countdown

Rabu, 30 Jun 2010

SISTEM PENGURUSAN FAIL - KOD FAIL BARU

SISTEM PENGURUSAN FAIL - KOD FAIL BARU

Tindakan       : PENGETUA / GURU BESAR /PEMBANTU TADBIR
Tarikh : 29-06-2010
Unit : PERKHIDMATAN
Oleh : Pn. Siti Mariam Binti Abdullah


Maklumat : Dengan hormatnya bersama ini disertakan Kod Fail Baru .

1. Untuk makluman tuan taklimat Sistem Pengurusan Fail telah disampaikan kepada semua Pembantu Tadbir sekolah-sekolah daerah Mersing pada 23.6.2010.

PENENTUAN LOKASI SEKOLAH, BANDAR ATAU LUAR BANDAR DALAM DATA EMIS ONLINE

PENENTUAN LOKASI SEKOLAH, BANDAR ATAU LUAR BANDAR DALAM DATA EMIS ONLINE


Tindakan       : Pengetua, Guru Besar, Guru Data
Tarikh : 30-06-2010
Unit : MAKLUMAT-ICT
Oleh : En. Mohd Halil Bin Haji Ali


Maklumat : Merujuk kepada tajuk di atas perkara berikut perlu diambil perhatian:-

1. Bahagian Perancangan Dan Penyelidikan Dasar Pendidikan (BPPDP/EPRD) Kementerian Pelajaran Malaysia telah menetapkan penentuan Lokasi Semasa sekolah berasaskan kepada sempadan bandar yang telah disediakan oleh Jabatan Perancang Bandar dan Desa (JPBD) dan ia telah diwartakan pada tahun 2005.

KELAS KOMPUTER JUN 2010

KELAS KOMPUTER JUN 2010


Pada 7- 17 Jun 2010 (Cuti Pertengahan Tahun Persekolahan), Kelas Bimbingan Komputer telah dianjurkan oleh Fasilitator Schoolnet SK Lembaga (Pn. Nik Yardish bt Nik Mohamed Aman) bertempat di Pusat Akses SK Lembaga. Kelas bermula jam 8.30 pagi sehingga 5.00 petang.

Jumaat, 25 Jun 2010

PERJUMPAAN IBUBAPA PELAJAR TAHUN 6 SK LEMBAGA

PERJUMPAAN IBUBAPA PELAJAR TAHUN 6 SK LEMBAGA

Pada 25 Jun (Jumaat), jam 8.30 pagi, satu perjumpaan ibubapa pelajar Tahun 6 bersama dengan guru yang mengajar Tahun serta Guru Besar, Tuan Pengerusi PIBG serta Pengurus Felda telah diadakan di Kelas Tahun 5 SK Lembaga. Perkara yang disentuh dalam perjumpaan tersebut ialah prestasi pencapaian pelajar dalam Ujian Penilaian Prestasi Murid 2 (UPPM 2). Perkara yang turut disentuh adalah berkaitan kehadiran pelajar dalam Kelas Tambahan yang diadakan pada 7,8,10 dan 11 Jun 2010 semasa Cuti Persekolahan yang lalu.

Khamis, 24 Jun 2010

MERAIKAN MAJLIS PERPISAHAN SEMPENA PERPINDAHAN GURU BESAR KE SK PUSAT AIR TAWAR

MERAIKAN MAJLIS PERPINDAHAN GURU BESAR KE SK PUSAT AIR TAWAR

Satu majlis sempena meraikan perpindahan tempat bertugas Guru Besar (En. Othman bin Abd. Manan) ke SK Pusat Air Tawar akan diadakan seperti ketetapan berikut:

Tarikh: 25 Jun 2010 (Jumaat)
Masa: 8.00 malam
Tempat: Hotel Sri Malaysia Rompin

Semua kakitangan dan guru serta pihak PIBG dijemput hadir untuk meraikan majlis tersebut. Selamat bertugas di tempat baru diucapkan kepada En. Othman bin Abd. Manan. Semoga lebih maju dan berjaya di masa akan datang.

Rabu, 23 Jun 2010

SOLAT HAJAT UPSR TAHUN 2010

SOLAT HAJAT UPSR TAHUN 2010

Solat hajat untuk pelajar-pelajar yang akan menghadapi UPSR Tahun 2010 akan diadakan seperti berikut:

Tarikh  : 24 Jun 2010 (Khamis)
Masa   : Selepas solat Maghrib
Tempat: Masjid Felda Endau


Guru-guru dijemput untuk hadir. Harap maklum.

MESYUARAT BADAN KEBAJIKAN GURU DAN PEKERJA SK LEMBAGA

MESYUARAT BADAN KEBAJIKAN GURU DAN PEKERJA SK LEMBAGA
Satu mesyuarat yang melibatkan semua guru dan pekerja SK Lembaga akan diadakan seperti berikut:

Tarikh  : 23 Jun 2010 (Rabu)
Masa   : 12.50 tengahari
Tempat: Bilik Mesyuarat SK Lembaga

Semua guru dan pekerja dijemput untuk hadir. Sekian, harap maklum.

Selasa, 22 Jun 2010

Jumaat, 18 Jun 2010

JEMPUTAN KE KARNIVAL FASILITATOR SCHOOLNET TURUN KE DESA

JEMPUTAN KE KARNIVAL FASILITATOR SCHOOLNET TURUN KE DESA
Dimaklumkan bahawa Fasilitator Schoolnet dan UMNO Bahagian Tenggara mengadakan Program Juara Rakyat Fasilitator Schoolnet Turun ke Desa bersama Belia dan Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Tenggara seperti ketetapan berikut:

Tarikh                    : 20 Jun 2010 (Ahad)
Masa                     : 8.00 - 6.30 petang
Tempat                  : Balairaya dan Padang Awam Kampung Lukut, Kota Tinggi, Johor
Dirasmikan oleh     : YB Dato' Haji Baderi bin Hj. Dasuki
Perasmian Penutup: 5.00 petang 

Anda dijemput hadir untuk memeriahkan suasana. Harap maklum.

Khamis, 17 Jun 2010

MALANG TAK BERBAU

MALANG TAK BERBAU

Pada 14 Jun 2010 (Isnin) lebih kurang jam 2.00 petang, Sekolah Kebangsaan Lembaga telah dilanda angin kencang sehingga menerbangkan bumbung parking yang terletak di hadapan bangunan sekolah. Kejadian tersebut hanya berlaku sekelip mata. Walaubagaimanapun, tiada kemalangan jiwa dan kerosakan harta benda lain yang berlaku. Berikut adalah paparan gambar yang sempat dirakamkan:


PERGERAKAN GURU BESAR BERKUATKUASA 1 JUN 2010

PERGERAKAN GURU BESAR BERKUATKUASA 1 JUN 2010

Tindakan :Pengetua Dan Guru Besar Serta Warga Pendidikan Mersing
Tarikh:15-06-2010
Unit:KURIKULUM
Maklumat:Assalamu a'laikum wrth dan salam Mahabbah.

Sukacitanya dimaklumkan pergerakan tersebut adalah seperti berikut :

1. En. Abdul Latife bin Ahmad (SK Tenglu ) ke SK Sri Mersing.
2. En. Zawawi bin Muda (SK Teluk Lipat ) ke SK Bandar Endau.
3. En. Othman bin Abdul Manan ( SK Lembaga ) ke SK Pusat Air Tawar.

TANDATANGAN BUKU REKOD KEMAJUAN ANAK

TANDATANGAN BUKU REKOD KEMAJUAN ANAK
Semua ibubapa pelajar Sekolah Kebangsaan Lembaga dari Tahun 1 - Tahun 6 2010 dikehendaki datang ke sekolah untuk menandatangani Buku Rekod Kemajuan anak masing- masing pada:

Tarikh: 9 Julai 2010 (Jumaat)
Masa : 8.00 pagi

Harap Maklum

TAKLIMAT KEPADA IBUBAPA PELAJAR UPSR

TAKLIMAT KEPADA IBUBAPA PELAJAR UPSR
Satu perjumpaan dan taklimat dengan ibubapa pelajar UPSR Tahun 2010 akan diadakan seperti butiran berikut:

Tarikh: 30 Jun 2010 (Rabu)
Masa : 9.00 pagi

Perjumpaan ini adalah untuk membincangkan pencapaian pelajar dalam Peperiksaaan UPPM 2 dan Kehadiran Pelajar dalam Kelas Tambahan semasa cuti penggal persekolahan pada Bulan Jun 2010. Sekian, harap maklum.

Jumaat, 4 Jun 2010

PINDAAN TARIKH PENUTUP PROGRAM BESTARI ICT

PINDAAN TARIKH PENUTUP PROGRAM BESTARI ICT

Merujuk kepada keputusan Mesyuarat Pelarasan Majlis Penutup Program Bestari yang dianjurkan oleh Fasilitator Schoolnet daerah Mersing akan DITUNDA kepada:

Tarikh: 30 Jun 2010
Masa: 9.00 pagi
Tempat: Dewan Besar SMK Anjung Batu

Segala kesulitan amatlah dikesali. Pihak SKMM Wilayah Selatan, pihak PPD Mersing, Guru Besar/ Pengetua dan pelajar- pelajar sekolah yang terlibat adalah dijemput hadir untuk memeriahkan suasana. Sekian, Harap maklum.

Rabu, 2 Jun 2010

SELAMAT BERCUTI !!!!

SELAMAT BERCUTI DIUCAPKAN KEPADA SEMUA GURU DAN PELAJAR

Selasa, 1 Jun 2010

KELAS KOMPUTER JUN 2010

KELAS KOMPUTER JUN 2010
Kelas Komputer yang dikelolakan oleh Fasilitator Schoolnet SK Lembaga akan diadakan sepanjang cuti persekolahan pada bulan Jun 2010. Butiran program adalah seperti berikut: