UPSR Countdown

Rabu, 22 Disember 2010

TARIKH PENTING UNTUK GURU-GURU SK LEMBAGA

Berikut adalah tarikh-tarikh penting yang perlu diberi perhatian oleh semua guru SK Lembaga untuk Tahun 2011:

TARIKH PENTING UNTUK SEMUA GURU:
22/12/10- Gotong royong semua kelas dan bilik khas
23/12/10 (9.00 am)- Taklimat KSSR/PBS (Semua guru terlibat.Penceramah: Pn. Rohani)
24/12/10 (9.00 am)-Taklimat Plan J (Semua Guru Terlibat. Penceramah: En. Latiff Ahmad)
27/12/10 (8.30 am)- Mesyuarat Profesional (Semua Guru)
28/12/10 - Mesyuarat Kurikulum (Semua Guru)
29/12/10 (9.00 am) - Mesyuarat Panitia BM, BI, Mate, Sains, Agama/Arab
30/12/10 - Mesyuarat Panitia PJ/SIV/KH,KT,MUZIK,SENI

Semua guru diharap menghadirkan diri. Jika ada persoalan, sila berhubung terus dengan kakitangan pentadbiran sekolah ditalian 07-7942940. Sekian, wassalam.

Isnin, 20 Disember 2010

SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH

Sila ambil perhatian pada tarikh-tarikh penting yang berikut:

1) Tarikh: 29/12/2010 (Rabu) - 1/1/2011 (Sabtu)
    Masa: 9.00 am - 12.00 pm
    Perkara: Pembelian Keperluan Peralatan Persekolahan

2) Tarikh: 1/1/2011 (Sabtu)
    Masa: 7.30 am - 10.30 am
    Perkara: Pembayaran Yuran Tambahan

**Murid-murid DIWAJIBKAN hadir dengan berpakaian sekolah

Sesi persekolahan akan bermula pada 3 Januari 2011 (Isnin)

BENGKEL ADOBE PHOTOSHOP DAN ADOBE ILLUSTATOR

Fasilitator Schoolnet Daerah Mersing akan mengadakan Bengkel Adobe Photoshop dan Adobe Ilustrator yang akan disertai oleh semua Fasilitator Schoolnet Daerah Mersing seperti ketetapan berikut:

Tarikh  : 20 dan 21/12/2010
Masa   : 9.00 pagi - 5.00 petang
Tempat: Makmal Komputer SK Lembaga

Sekian, terima kasih.

Khamis, 25 November 2010

SEKITAR MAJLIS HARI TERBUKA DAN MAJLIS PENYAMPAIAN HADIAH 2010

Pada 15 November 2010 (Isnin), telah diadakan Majlis Hari Terbuka dan Majlis Penyampaian Hadiah. Pelajar-pelajar Tahun 6 dan Prasekolah juga diraikan dalam Majlis Graduasi pada hari yang sama. Majlis ini telah dirasmikan oleh Tuan Haji Tukiman bin Kalam. Majlis bermula pada jam 7.30 pagi dan berakhir pada jam 1 tengahari.

Sila layari Laman Facebook Sekolah di www.facebook.com/ Sekolah Kebangsaan Lembaga untuk melihat lebih banyak koleksi gambar.

KELAS KOMPUTER SESI CUTI AKHIR TAHUN NOV-DIS 2010

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia.

Fasilitator Schoolnet SK Lembaga akan mengadakan Kelas Komputer untuk Sesi Cuti Akhir Tahun Nov - Dis 2010 seperti maklumat berikut:

Tarikh: 29/11/2010 - 17/12/2010
Tempat: Pusat Akses SK Lembaga
Masa: 8.30-10.30 (Kumpulan 1) dan 10.30-12.30 (Kumpulan 2)- Sila rujuk lampira

KLIK DI SINI UNTUK LAMPIRAN JADUAL WAKTU DAN JADUAL KUMPULAN

*Kelas yang diadakan pada Hari Jumaat akan tamat pada pukul 12.00 tengahari.
*Pelajar yang berminat dialukan untuk menggunakan komputer pada jam 3.00-5.00 petang untuk  peningkatan kendiri
*Sila hadir hanya pada waktu yang telah diTETAPkan
*Sila bawa pendrive / disket

MAKLUMAN PENTING:
1)Kelas Komputer untuk Tahun 5 pada 7/12/10 (Selasa) diBATALkan kerana Cuti Am Awal Muharam.
2)Kelas Komputer Tahun 5 akan diadakan pada 8/12/10 dan 10/12/10 jam 3.00-5.00 petang.

Untuk makluman, Jadual Kumpulan dan Jadual Waktu untuk setiap kumpulan telah pun diedar kepada pelajar sebelum bermulanya cuti akhir tahun. Semua ibubapa diharap mengambil perhatian dan menghantar anak mengikut masa yang telah ditetapkan. Sekian, harap maklum. 

Rabu, 10 November 2010

HARI PENYAMPAIAN HADIAH TAHUN 2010

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia.

Dimaklumkan bahawa Majlis Penyampaian Hadiah Peringkat Sekolah akan diadakan seperti maklumat yang berikut:

Tarikh: 15 November 2010 (Isnin)
Tempat: Dewan Sekolah Kebangsaan Lembaga

Semua ibubapa dan penjaga di jemput hadir untuk memeriahkan suasana. Tetamu yang hadir diharap berpakaian kemas. Sekian, wassalam.

Jumaat, 15 Oktober 2010

SEKITAR SAMBUTAN KEMERDEKAAN KE-53

Warga Sekolah Kebangsaan Lembaga telah menyambut Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke-53 dengan meriah dan sederhana di sekitar Sekolah Kebangsaan Lembaga. Sambutan Bulan Kemerdekaan itu telah diadakan pada 30 Ogos 2010 yang lalu.
Guru-guru turut menjayakan aktiviti Sambutan Kemerdekaan 

 

Para pelajar berbaris sambil memegang Jalur Gemilang

Khamis, 23 September 2010

SAMBUTAN HARI RAYA PERINGKAT SEKOLAH

Sekolah akan mengadakan satu majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri peringkat sekolah seperti maklumat berikut:

Tarikh: 24 September 2010 (Jumaat)
Tempat: Dewan Sekolah Kebangsaan Lembaga
Masa: 9.00 - 12.00 tengahari
Acara: Marhaban dari kelas ke kelas dan jamuan makan

Sehubungan dengan itu, semua warga sekolah dialukan berpakaian kemas Hari Raya. Harap Maklum.

Selasa, 21 September 2010

ALUMNI SK LEMBAGA

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia,

Pihak sekolah dan pihak Persatuan Ibubapa dan Guru SK Lembaga bercadang untuk menubuhkan Alumni SK Lembaga yang akan dimulakan pada tahun 2011. Dengan ini, bekas pelajar, para pelajar, guru- guru dan pekerja dialukan untuk memberikan respon kepada cadangan tersebut. Anda juga boleh memberikan sebarang cadangan, komen dan pendapat mengenai penubuhan alumni sekolah. Kerjasama daripada pihak anda amat dialu-alukan. Sekian, wassalam.

Isnin, 20 September 2010

CUTI SEMPENA UPSR 2010

Pihak sekolah ingin memaklumkan kepada semua ibubapa bahawa pelajar Prasekolah sehingga pelajar Tahun 4 diberikan cuti bersempena dengan UPSR 2010 yang akan diadakan pada 21 - 23 September 2010. Giliran cuti adalah seperti berikut:

TARIKH KELAS YANG DIBENARKAN CUTI
21/9/2010Prasekolah, Tahun 1, Tahun 2
22/9/2010Prasekolah, Tahun 1, Tahun 3
23/9/2010Prasekolah, Tahun 1, Tahun 4

Sehubungan dengan itu, ibubapa diharap dapat memastikan kehadiran anak anda ke sekolah selain daripada tarikh yang telah dinyatakan. Kerjasama daripada anda amat dialu-alukan. Sekian, harap maklum.

UPSR 2010


Selasa, 7 September 2010

Jumaat, 27 Ogos 2010

CUTI BERGANTI

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia.

Pihak Sekolah Kebangsaan Lembaga dengan ini ingin memaklumkan kepada semua guru, pekerja, pelajar dan semua ibubapa pelajar SK Lembaga bahawa sesi persekolahan akan bermula pada 15 September 2010 (Rabu). Sesi persekolahan pada 14 September 2010 (Selasa) akan digantikan pada 18 September 2010 (Sabtu).

Sekian, harap maklum.

MAJLIS BERBUKA PUASA TAHUN 1431H

Satu Majlis Berbuka Puasa yang dianjurkan oleh Panitia Agama Islam akan diadakan seperti maklumat berikut:

Hari / Tarikh: Isnin (30 Ogos 2010)
Masa: 6.00 - 8.00 malam
Tempat: Sekolah Kebangsaan Lembaga

Di samping Majlis Berbuka Puasa, akan diadakan juga Majlis Khatam Quran dan Bacaan Yasin sebagai meraikan Hari Kemerdekaan Negara yang ke-53 yang akan menjelang tiba pada 31 Ogos 2010. Semua warga sekolah, pelajar Tahap 2 dan para jemputan dijemput hadir.

Sekian, terima kasih.

Jumaat, 20 Ogos 2010

SELAMAT MENYAMBUT KEMERDEKAAN KE-53







SELAMAT MENYAMBUT KEMERDEKAAN KE-53










PENCIPTA BENDERA MALAYSIA: 
ALLAHYARHAM MOHAMED BIN HAMZAH






SEJARAH BENDERA MALAYSIA 

Inilah wajah pencipta bendera Malaysia atau kini lebih dikenali sebagai Jalur Gemilang. Beliau ialah Allahyarham Mohamed bin Hamzah. Berasal dari Johor Bahru dan bertugas sebagai kakitangan Jabatan Kerja Raya (JKR) Johor.

PERHATIAN: Anda boleh menghantar ucapan Salam Kemerdekaan di Ruangan CATAT ULASAN pada mukasurat sebelah  

Khamis, 5 Ogos 2010

PENDAFTARAN PELAJAR PRASEKOLAH SESI PERSEKOLAHAN 2011

Pendaftaran untuk pelajar prasekolah sesi persekolahan 2011 akan dibuka mulai 15 Ogos - 1 November 2010 jam 8.00 pagi - 4.00 petang di Kelas Prasekolah Mutiara SK Lembaga. Ibubapa yang mempunyai anak berusia 5 tahun ke atas digalakkan untuk memohon.

MESYUARAT PROFESIONAL PPD, PENGETUA DAN GURU BESAR BIL.2/2010

MESYUARAT PROFESIONAL PPD, PENGETUA DAN GURU BESAR BIL.2/2010
Tindakan      :Pegawai Di PPD, Pengetua Dan Guru Besar
Tarikh:04-08-2010
Unit:UMUM
Oleh:Us. Wan Nadzri Bin Wan Abd Rahman


Maklumat:Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.

Sukacita dengan hormatnya dimaklumkan bahawa mesyuarat tersebut akan diadakan seperti ketetapan berikut :

Tarikh : 9 Ogos 2010 (Isnin)

Rabu, 4 Ogos 2010

BENGKEL TEKNIK MENJAWAB SOALAN UPSR TAHUN 2010

Satu program yang dinamakan Bengkel Teknik Menjawab Soalan UPSR telah diadakan di Makmal Komputer SK Lembaga dengan kehadiran 26 orang pelajar Tahun 6. Bengkel ini diadakan bertujuan untuk meningkatkan kecemerlangan UPSR para pelajar Tahun 6 SK Lembaga.

Rabu, 28 Julai 2010

LAWATAN PEGAWAI DARI PPD MERSING

TARIKH: 26 JULAI 2010 (ISNIN)
MASA: 8.00 - 9.00 PAGI
TEMPAT: BILIK DARJAH TAHUN 6
Para Pegawai mendengar penerangan daripada Guru Besar SK Lembaga
Antara pegawai yang hadir

"Belajar rajin- rajin"

Selasa, 27 Julai 2010


Photobucket
GOOD LUCK FOR YOUR EXAM!! UPPM 3 (27 - 29 JULAI 2010)

Jumaat, 23 Julai 2010

KEPUTUSAN PENILAIAN TAHAP KECEKAPAN SESI JUN 2010

KEPUTUSAN PENILAIAN TAHAP KECEKAPAN (PTK) SESI JUN 2010
Tindakan      :Pengetua / Guru Besar
Tarikh:22-07-2010
Unit:PEPERIKSAAN
Oleh:Pn. Maimunah Binti Mohamad


Maklumat:Dengan hormatnya perkara di atas dirujuk.

2. Sehubungan itu, mohon pihak tuan menerima slip keputusan PTK Sesi Jun 2010 bagi calon sekolah tuan sepertimana ketetapan yang berikut:

Rabu, 21 Julai 2010

PENGISIAN DATA SARINGAN 2 LINUS

PENGISIAN DATA SARINGAN 2 LINUS


Tindakan      :SEMUA GURU BESAR
Tarikh:21-07-2010
Unit:KURIKULUM
Oleh:En. Wee Kok Cheng


Maklumat:Mohon ambil perhatian tentang data yang perlu dimasukkan ke dalam laman web NKRA secara online. Berikut adalah peringatan yang terdapat dalam laman web berkenaan tentang data Saringan 2 LINUS.

Selasa, 20 Julai 2010

PELAKSANAAN UJIAN SEGAK

PELAKSANAAN UJIAN SEGAK

Makluman kepada semua guru dan pelajar yang terlibat. Pelaksanaan SEGAK adalah seperti ketetapan berikut:

Tarikh: 24 Julai 2010 (Sabtu)
Masa : 8.00 - 11.00 pagi

Diharap mendapat perhatian daripada semua guru dan pelajar. Sekian, harap maklum.

Isnin, 19 Julai 2010

TINTA EMAS


TINTA EMAS BUAT PPD - BUKU UCAPAN KHAS UNTUK EN. MD BUANG B. SAIBANI, PPD MERSING YANG BERTUKAR KE PPD KOTA TINGGI SERTA MENGALU-ALUKAN TUAN HJ. MOHAMED AZHAR B. ISMAIL, PPD MERSING YANG BARU.
 
Tindakan      :Pengunjung Yang Budiman
Tarikh:13-07-2010
Unit:UMUM
Oleh:En. Mohd Halil Bin Haji Ali


Maklumat:Portal PPD Mersing memberi peluang kepada anda merakamkan ucapan untuk Encik Md Buang b. Saibani, Pegawai Pelajaran Daerah Mersing yang bertukar ke PPD Kota Tinggi. Anda juga diberi peluang untuk merakamkan ucapan mengalu-alukan perlantikan Tuan Hj. Mohamed Azhar b. Ismail sebagai Pegawai Pelajaran Daerah Mersing yang baru.

Kedua-dua pertukaran dan perlantikan berkuatkuasa mulai 1 Julai 2010. Sila klik link ini: Tinta Emas Buat PPD untuk membuat ucapan. Klik butang TINTA EMAS untuk membuat ucapan. Patuhi syarat-syarat semasa merakamkan ucapan anda. Ruangan Tinta Emas Buat PPD dibuka sehingga 1 Ogos 2010.

Sekian terima kasih.

Rabu, 14 Julai 2010

INGIN MENJADI RAKAN FACEBOOK SK LEMBAGA? MUDAH SAJA..CARANYA ADALAH DENGAN MENGAKSES LAMAN www.facebook.com MENGGUNAKAN AKAUN ANDA. KEMUDIAN TAIP CARIAN DENGAN KATA KUNCI Sekolah Kebangsaan Lembaga.KLIK BUTANG "ADD FRIEND". ANDA AKAN MENJADI RAKAN KAMI SETELAH MENDAPAT PENGESAHAN PENERIMAAN DARIPADA PIHAK PENTADBIR AKAUN FACEBOOK SK LEMBAGA.
"JOM KITA RAMAIKAN KAWAN KITA DAN LUASKAN RANGKAIAN"

Jumaat, 9 Julai 2010

HARI TERBUKA SEKOLAH

 Cikgu Puade memberikan penerangan tentang pencapaian murid

Pada 9 Julai 2010 (Jumaat), ibubapa pelajar SK Lembaga telah dijemput hadir ke sekolah untuk menandatangani Buku Rekod Kemajuan Murid. Setelah menandatangani Buku Rekod Kemajuan Murid, para ibubapa dibenarkan untuk membawa pulang anak masing- masing.

Selasa, 6 Julai 2010

HARI TANDATANGAN BUKU KEMAJUAN PELAJAR

HARI TANDATANGAN BUKU KEMAJUAN PELAJAR

Semua ibubapa pelajar SK Lembaga dijemput hadir untuk menandatangani Buku Rekod Kemajuan Pelajar seperti ketetapan berikut:

Hari  : Jumaat (9 Julai 2010)
Masa: 8.00 pagi
Tempat: Bilik Darjah Mengikut Tahun masing- masing

Semua ibubapa dijemput hadir. Ibubapa boleh membawa pulang anak masing- masing setelah menandatangani buku rekod kemajuan. Terima Kasih.

AKTIVITI KO-KURIKULUM

AKTIVITI KO-KURIKULUM

Aktiviti Ko-Kurikulum untuk semua pelajar SK Lembaga akan diadakan pada 10 Julai 2010 (Sabtu). Semua guru dan pelajar SK Lembaga dikehendaki hadir. Harap Maklum.

MESYUARAT PROFESIONAL

MESYUARAT PROFESIONAL SK LEMBAGA 2010

Mesyuarat Profesional yang melibatkan para guru SK Lembaga akan diadakan seperti butiran berikut:

Tarikh/ Hari: 8 Julai 2010 / Khamis
Masa           : 12.50 tengahari
Tempat       : Bilik Mesyuarat SK Lembaga

Semua guru DIWAJIBKAN hadir ke mesyuarat tersebut. Harap Maklum.

Khamis, 1 Julai 2010

MAJLIS MAKAN MALAM MERAIKAN GURU BESAR

MERAIKAN PERPINDAHAN GURU BESAR ENCIK OTHMAN BIN ABD. MANAN
TEMPAT: HOTEL SERI MALAYSIA, ROMPIN
HARI: JUMAAT (25 JUN 2010)
MASA: 8.00 MALAM

GOOD LUCK CIKGU OTHMAN..JASAMU DIKENANG.....

Sila kunjungi menu GALERI GAMBAR untuk melihat lebih banyak gambar

Rabu, 30 Jun 2010

SISTEM PENGURUSAN FAIL - KOD FAIL BARU

SISTEM PENGURUSAN FAIL - KOD FAIL BARU

Tindakan       : PENGETUA / GURU BESAR /PEMBANTU TADBIR
Tarikh : 29-06-2010
Unit : PERKHIDMATAN
Oleh : Pn. Siti Mariam Binti Abdullah


Maklumat : Dengan hormatnya bersama ini disertakan Kod Fail Baru .

1. Untuk makluman tuan taklimat Sistem Pengurusan Fail telah disampaikan kepada semua Pembantu Tadbir sekolah-sekolah daerah Mersing pada 23.6.2010.

PENENTUAN LOKASI SEKOLAH, BANDAR ATAU LUAR BANDAR DALAM DATA EMIS ONLINE

PENENTUAN LOKASI SEKOLAH, BANDAR ATAU LUAR BANDAR DALAM DATA EMIS ONLINE


Tindakan       : Pengetua, Guru Besar, Guru Data
Tarikh : 30-06-2010
Unit : MAKLUMAT-ICT
Oleh : En. Mohd Halil Bin Haji Ali


Maklumat : Merujuk kepada tajuk di atas perkara berikut perlu diambil perhatian:-

1. Bahagian Perancangan Dan Penyelidikan Dasar Pendidikan (BPPDP/EPRD) Kementerian Pelajaran Malaysia telah menetapkan penentuan Lokasi Semasa sekolah berasaskan kepada sempadan bandar yang telah disediakan oleh Jabatan Perancang Bandar dan Desa (JPBD) dan ia telah diwartakan pada tahun 2005.

KELAS KOMPUTER JUN 2010

KELAS KOMPUTER JUN 2010


Pada 7- 17 Jun 2010 (Cuti Pertengahan Tahun Persekolahan), Kelas Bimbingan Komputer telah dianjurkan oleh Fasilitator Schoolnet SK Lembaga (Pn. Nik Yardish bt Nik Mohamed Aman) bertempat di Pusat Akses SK Lembaga. Kelas bermula jam 8.30 pagi sehingga 5.00 petang.

Jumaat, 25 Jun 2010

PERJUMPAAN IBUBAPA PELAJAR TAHUN 6 SK LEMBAGA

PERJUMPAAN IBUBAPA PELAJAR TAHUN 6 SK LEMBAGA

Pada 25 Jun (Jumaat), jam 8.30 pagi, satu perjumpaan ibubapa pelajar Tahun 6 bersama dengan guru yang mengajar Tahun serta Guru Besar, Tuan Pengerusi PIBG serta Pengurus Felda telah diadakan di Kelas Tahun 5 SK Lembaga. Perkara yang disentuh dalam perjumpaan tersebut ialah prestasi pencapaian pelajar dalam Ujian Penilaian Prestasi Murid 2 (UPPM 2). Perkara yang turut disentuh adalah berkaitan kehadiran pelajar dalam Kelas Tambahan yang diadakan pada 7,8,10 dan 11 Jun 2010 semasa Cuti Persekolahan yang lalu.

Khamis, 24 Jun 2010

MERAIKAN MAJLIS PERPISAHAN SEMPENA PERPINDAHAN GURU BESAR KE SK PUSAT AIR TAWAR

MERAIKAN MAJLIS PERPINDAHAN GURU BESAR KE SK PUSAT AIR TAWAR

Satu majlis sempena meraikan perpindahan tempat bertugas Guru Besar (En. Othman bin Abd. Manan) ke SK Pusat Air Tawar akan diadakan seperti ketetapan berikut:

Tarikh: 25 Jun 2010 (Jumaat)
Masa: 8.00 malam
Tempat: Hotel Sri Malaysia Rompin

Semua kakitangan dan guru serta pihak PIBG dijemput hadir untuk meraikan majlis tersebut. Selamat bertugas di tempat baru diucapkan kepada En. Othman bin Abd. Manan. Semoga lebih maju dan berjaya di masa akan datang.

Rabu, 23 Jun 2010

SOLAT HAJAT UPSR TAHUN 2010

SOLAT HAJAT UPSR TAHUN 2010

Solat hajat untuk pelajar-pelajar yang akan menghadapi UPSR Tahun 2010 akan diadakan seperti berikut:

Tarikh  : 24 Jun 2010 (Khamis)
Masa   : Selepas solat Maghrib
Tempat: Masjid Felda Endau


Guru-guru dijemput untuk hadir. Harap maklum.

MESYUARAT BADAN KEBAJIKAN GURU DAN PEKERJA SK LEMBAGA

MESYUARAT BADAN KEBAJIKAN GURU DAN PEKERJA SK LEMBAGA
Satu mesyuarat yang melibatkan semua guru dan pekerja SK Lembaga akan diadakan seperti berikut:

Tarikh  : 23 Jun 2010 (Rabu)
Masa   : 12.50 tengahari
Tempat: Bilik Mesyuarat SK Lembaga

Semua guru dan pekerja dijemput untuk hadir. Sekian, harap maklum.

Selasa, 22 Jun 2010

Jumaat, 18 Jun 2010

JEMPUTAN KE KARNIVAL FASILITATOR SCHOOLNET TURUN KE DESA

JEMPUTAN KE KARNIVAL FASILITATOR SCHOOLNET TURUN KE DESA
Dimaklumkan bahawa Fasilitator Schoolnet dan UMNO Bahagian Tenggara mengadakan Program Juara Rakyat Fasilitator Schoolnet Turun ke Desa bersama Belia dan Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Tenggara seperti ketetapan berikut:

Tarikh                    : 20 Jun 2010 (Ahad)
Masa                     : 8.00 - 6.30 petang
Tempat                  : Balairaya dan Padang Awam Kampung Lukut, Kota Tinggi, Johor
Dirasmikan oleh     : YB Dato' Haji Baderi bin Hj. Dasuki
Perasmian Penutup: 5.00 petang 

Anda dijemput hadir untuk memeriahkan suasana. Harap maklum.

Khamis, 17 Jun 2010

MALANG TAK BERBAU

MALANG TAK BERBAU

Pada 14 Jun 2010 (Isnin) lebih kurang jam 2.00 petang, Sekolah Kebangsaan Lembaga telah dilanda angin kencang sehingga menerbangkan bumbung parking yang terletak di hadapan bangunan sekolah. Kejadian tersebut hanya berlaku sekelip mata. Walaubagaimanapun, tiada kemalangan jiwa dan kerosakan harta benda lain yang berlaku. Berikut adalah paparan gambar yang sempat dirakamkan:


PERGERAKAN GURU BESAR BERKUATKUASA 1 JUN 2010

PERGERAKAN GURU BESAR BERKUATKUASA 1 JUN 2010

Tindakan :Pengetua Dan Guru Besar Serta Warga Pendidikan Mersing
Tarikh:15-06-2010
Unit:KURIKULUM
Maklumat:Assalamu a'laikum wrth dan salam Mahabbah.

Sukacitanya dimaklumkan pergerakan tersebut adalah seperti berikut :

1. En. Abdul Latife bin Ahmad (SK Tenglu ) ke SK Sri Mersing.
2. En. Zawawi bin Muda (SK Teluk Lipat ) ke SK Bandar Endau.
3. En. Othman bin Abdul Manan ( SK Lembaga ) ke SK Pusat Air Tawar.

TANDATANGAN BUKU REKOD KEMAJUAN ANAK

TANDATANGAN BUKU REKOD KEMAJUAN ANAK
Semua ibubapa pelajar Sekolah Kebangsaan Lembaga dari Tahun 1 - Tahun 6 2010 dikehendaki datang ke sekolah untuk menandatangani Buku Rekod Kemajuan anak masing- masing pada:

Tarikh: 9 Julai 2010 (Jumaat)
Masa : 8.00 pagi

Harap Maklum

TAKLIMAT KEPADA IBUBAPA PELAJAR UPSR

TAKLIMAT KEPADA IBUBAPA PELAJAR UPSR
Satu perjumpaan dan taklimat dengan ibubapa pelajar UPSR Tahun 2010 akan diadakan seperti butiran berikut:

Tarikh: 30 Jun 2010 (Rabu)
Masa : 9.00 pagi

Perjumpaan ini adalah untuk membincangkan pencapaian pelajar dalam Peperiksaaan UPPM 2 dan Kehadiran Pelajar dalam Kelas Tambahan semasa cuti penggal persekolahan pada Bulan Jun 2010. Sekian, harap maklum.

Jumaat, 4 Jun 2010

PINDAAN TARIKH PENUTUP PROGRAM BESTARI ICT

PINDAAN TARIKH PENUTUP PROGRAM BESTARI ICT

Merujuk kepada keputusan Mesyuarat Pelarasan Majlis Penutup Program Bestari yang dianjurkan oleh Fasilitator Schoolnet daerah Mersing akan DITUNDA kepada:

Tarikh: 30 Jun 2010
Masa: 9.00 pagi
Tempat: Dewan Besar SMK Anjung Batu

Segala kesulitan amatlah dikesali. Pihak SKMM Wilayah Selatan, pihak PPD Mersing, Guru Besar/ Pengetua dan pelajar- pelajar sekolah yang terlibat adalah dijemput hadir untuk memeriahkan suasana. Sekian, Harap maklum.

Rabu, 2 Jun 2010

SELAMAT BERCUTI !!!!

SELAMAT BERCUTI DIUCAPKAN KEPADA SEMUA GURU DAN PELAJAR

Selasa, 1 Jun 2010

KELAS KOMPUTER JUN 2010

KELAS KOMPUTER JUN 2010
Kelas Komputer yang dikelolakan oleh Fasilitator Schoolnet SK Lembaga akan diadakan sepanjang cuti persekolahan pada bulan Jun 2010. Butiran program adalah seperti berikut:

Khamis, 27 Mei 2010

SEKITAR SAMBUTAN HARI GURU SK LEMBAGA

SEKITAR SAMBUTAN HARI GURU SK LEMBAGA
Pada 17 Mei 2010 (Isnin) telah berlangsungnya majlis sederhana untuk Sambutan Hari Guru Tahun 2010 di Dewan Sekolah Kebangsaan Lembaga. Semua guru dan staf serta sebahagian pelajar terlibat untuk sukaneka dan pertunjukan sempena Sambutan Hari Guru.Berikut adalah antara sebahagian gambar Sambutan Hari Guru:

Rabu, 19 Mei 2010

PERUBAHAN TERKINI PROGRAM MENGGILAP PERMATA 2

PERUBAHAN TERKINI PROGRAM MENGGILAP PERMATA 2
Tindakan :Guru Besar
Tarikh:19-05-2010
Unit:KURIKULUM
Oleh:Us. Wan Nadzri Bin Wan Abd Rahman



Maklumat:Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.
Berikut dimaklumkan bahawa beberapa perubahan telah dibuat ke atas ketetapan sebelum ini seperti berikut:

Selasa, 18 Mei 2010

MAJLIS PENUTUP PROGRAM BESTARI ICT

MAJLIS PENUTUP PROGRAM BESTARI ICT

Majlis Penutup Program Bestari ICT Anjuran Fasilitator Schoolnet Daerah Mersing akan diadakan seperti butir- butir berikut:

Tarikh : 9 Jun 2010 (Rabu)
Masa: 9.00 am
Tempat: SMK Anjung Batu, Mersing
Sekolah yang terlibat: Sekolah- sekolah yang mempunyai Fasilitator Schoolnet seperti:

Jumaat, 14 Mei 2010

SELAMAT HARI GURU TAHUN 2010

Rabu, 12 Mei 2010

SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT SEKOLAH

SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT SEKOLAH

Sambutan Hari Guru peringkat sekolah akan diadakan seperti berikut:

Tarikh: 17 Mei 2010 (Isnin)
Tempat: SK Lembaga

Antara acara sempena Sambutan Hari Guru:
  • Perhimpuanan
  • Sukaneka
  • Acara Lelong
  • Persembahan
  • Jamuan
SELAMAT HARI GURU!!!!!!!

Isnin, 10 Mei 2010

PEMBETULAN WAKTU MESYUARAT PENYELARASAN HARI PEKERJA DAN GURU 2010

PEMBETULAN WAKTU MESYUARAT PENYELARASAN HARI PEKERJA DAN GURU 2010

Merujuk kepada makluman bertarikh 6 Mei 2010

Mesyuarat yang dijadualkan akan diadakan pada jam 1.20pm diawalkan kepada pukul 12.00pm.

Perkara:Mesyuarat Penyelarasan Hari Guru dan Pekerja 2010
Masa: 12 pm
Tempat:Bilik Mesyuarat SK Lembaga
Penglibatan: Semua Guru dan Pekerja SK Lembaga

Segala kesilapan amat dikesali. Harap maklum.

Khamis, 6 Mei 2010


Selamat Hari Ibu diucapkan kepada semua guru yang bergelar ibu serta ibu-ibu di seluruh negara.

"HAPPY MOTHER'S DAY"

PROGRAM BESTARI ICT PUSINGAN AKHIR

HEBAHAN DAN MUATURUN SURAT PANGGILAN PROGRAM PEMBESTARIAN ICT KE 9 - SJK (C) CHIAO CHING, ENDAU - JUMAAT - 7 MEI 2010

Tindakan :Pengetua / Guru Besar / Fasilitator-Schoolnet
Tarikh:06-05-2010
Unit:MAKLUMAT-ICT
Oleh:En. Azman Bin Yusof



Maklumat:Perkara di atas adalah dirujuk. Sila muaturun surat panggilan program tersebut untuk makluman dan tindakan tuan.

Sekian. Terima Kasih


Sila klik di sini untuk muat turun surat

MESYUARAT PENYELARASAN HARI GURU DAN PEKERJA SK LEMBAGA

MESYUARAT PENYELARASAN HARI GURU DAN PEKERJA SK LEMBAGA TAHUN 2010

Satu mesyuarat untuk membincangkan hal- hal berbangkit mengenai sambutan Hari Guru dan Pekerja SK Lembaga Tahun 2010 akan diadakan sepertimana berikut:

Tarikh : 10 Mei 2010 (Isnin)
Masa : 1.20 petang
Tempat : Bilik Mesyuarat SK Lembaga
Penglibatan : Semua Guru dan Pekerja SK Lembaga

Harap mendapat kerjasama daripada semua pihak yang terlibat. Harap maklum.

Isnin, 3 Mei 2010

MESYUARAT AJK BKGP

MESYUARAT AJK BKGP SK LEMBAGA

Dengan ini dimaklumkan bahawa satu Mesyuarat AJK BKGP SK Lembaga akan diadakan seperti ketetapan berikut:

Tarikh: 4 April 2010 (Selasa)
Masa: 12.50 pm
Tempat: Bilik Mesyuarat SK Lembaga

Diharap semua AJK BKGP sekolah dapat menghadirkan diri ke mesyuarat tersebut. Harap maklum.

MESYUARAT PENGURUSAN DAN PENYELARASAN SUKAN PRASEKOLAH

MESYUARAT PENGURUSAN DAN PENYELARASAN SUKAN PRASEKOLAH PERINGKAT DAERAH MERSING TAHUN 2010
Tindakan :GURU PENDIDIKAN PRASEKOLAH
Tarikh:03-05-2010
Unit:PENGURUSAN SEKOLAH
Oleh:En. Khair Affandi Bin Mohd



Maklumat:

MESYUARAT PENGURUSAN DAN PENYELARASAN SUKAN PRASEKOLAH PERINGKAT DAERAH MERSING TAHUN 2010

Sukacita dimaklumkan satu mesyuarat pengurusan dan penyelarasan sukan tersebut akan diadakan seperti ketetapan berikut :

Tarikh : 4 Mei 2010
Masa : 2.30 petang
Tempat: Bilik Mesyuarat PPD Mersing

Sekian, terima kasih