UPSR Countdown

Jumaat, 28 Januari 2011

CUTI SEMPENA SAMBUTAN TAHUN BARU CINA , KELAS TAMBAHAN SEMASA CUTI & UJIAN BULAN FEBRUARI

Salam.

Cuti Tahun Baru Cina
=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=
Para pelajar akan bercuti selama seminggu sempena Sambutan Tahun Baru Cina, mulai 29 Januari hingga 6 Februari 2011. Cuti pada 31 Januari telah diganti pada 22 Januari yang lalu.
Kepada pelajar-pelajar SKLE, isilah waktu cuti anda dengan kegiatan yang berfaedah dan memberi manfaat.

Kelas Tambahan Semasa Cuti untuk Tahun 6
=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=
Pelajar-pelajar Tahun 6 perlu hadir ke sekolah untuk program tuisyen UPSR mengikut ketetapan berikut:
HARI: Sabtu  (29/01/2011)& Ahad (30/01/2011)
MASA: 8-11 a.m.
*Sila bawa SEMUA BUKU berkaitan seperti yang dipesan oleh guru masing-masing. Kehadiran adalah WAJIB.

Ujian Bulan Februari 2011
=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=
Peringatan untuk pelajar-pelajar SKLE,
Ujian bulanan akan dijalankan bermula hari Selasa (08/02/2011) hingga Khamis (10/02/2011). Mata pelajaran yang terlibat hanya lah subjek teras: Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik & Sains. Jadual waktu ujian tidak akan dikeluarkan kerana ujian akan diadakan di dalam waktu Pembelajaran & Pengajaran (P&P), mengikut jadual waktu subjek-subjek tersebut.

Sekali lagi para pelajar diingatkan untuk mengulangkaji pelajaran & bersedia.

Sekian. Selamat Bercuti & Selamat Mengulangkaji!

Rabu, 26 Januari 2011

TAJUK-TAJUK KAJIAN TINDAKAN

Salam.
Entri berdasarkan hebahan terkini dari laman web PPD Mersing.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Unit Teknik Dan Vokasional, Sektor Pengurusan Akademik sedang mengumpul tajuk-tajuk berkenaan Kajian Tindakan bagi tahun 2011.


Setiap guru diminta menghantar tajuk-tajuk Kajian Tindakan berasaskan sekolah sebelum akhir Februari.
Seperti biasa, tajuk-tajuk pilihan akan dipanjangkan kepada Ketua Panitia Kajian Tindakan SKLE, Pn. Haslina Abd. Hamid.


Sekian untuk makluman dan tindakan rakan-rakan guru semua.





BORANG SOAL SELIDIK TENTANG KEPERLUAN LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN (LDP)

Guru-guru SKLE diminta mengisi secara individu soal selidik berkenaan LDP. Sila tekan SINI
*Pastikan anda ingat tarikh-tarikh lantikan & pengesahan kerana ianya adalah butiran-butiran mandatori yang herus diisi untuk meneruskan menjawab soal selidik.


Sekian.