UPSR Countdown

Rabu, 30 Jun 2010

PENENTUAN LOKASI SEKOLAH, BANDAR ATAU LUAR BANDAR DALAM DATA EMIS ONLINE

PENENTUAN LOKASI SEKOLAH, BANDAR ATAU LUAR BANDAR DALAM DATA EMIS ONLINE


Tindakan       : Pengetua, Guru Besar, Guru Data
Tarikh : 30-06-2010
Unit : MAKLUMAT-ICT
Oleh : En. Mohd Halil Bin Haji Ali


Maklumat : Merujuk kepada tajuk di atas perkara berikut perlu diambil perhatian:-

1. Bahagian Perancangan Dan Penyelidikan Dasar Pendidikan (BPPDP/EPRD) Kementerian Pelajaran Malaysia telah menetapkan penentuan Lokasi Semasa sekolah berasaskan kepada sempadan bandar yang telah disediakan oleh Jabatan Perancang Bandar dan Desa (JPBD) dan ia telah diwartakan pada tahun 2005.

2. Sehubungan dengan itu sila semak data kordinat sekolah tuan serta kedudukan sekolah dalam peta di muka Profil Am sekolah dalam EMIS Online.

3. Sila download lampiran disertakan untuk keterangan lanjut.

Terima kasih.