UPSR Countdown

Jumaat, 20 Ogos 2010

SELAMAT MENYAMBUT KEMERDEKAAN KE-53







SELAMAT MENYAMBUT KEMERDEKAAN KE-53










PENCIPTA BENDERA MALAYSIA: 
ALLAHYARHAM MOHAMED BIN HAMZAH






SEJARAH BENDERA MALAYSIA 

Inilah wajah pencipta bendera Malaysia atau kini lebih dikenali sebagai Jalur Gemilang. Beliau ialah Allahyarham Mohamed bin Hamzah. Berasal dari Johor Bahru dan bertugas sebagai kakitangan Jabatan Kerja Raya (JKR) Johor.

PERHATIAN: Anda boleh menghantar ucapan Salam Kemerdekaan di Ruangan CATAT ULASAN pada mukasurat sebelah  

Beliau menamatkan persekolahan di English College (kini Maktab Sultan Abu Bakar) dan amat berbakat dalam bidang seni lukis. Beliau menyertai pertandingan merekacipta bendera Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1947 yang diadakan oleh pemerintah pada masa itu. Ketika itu beliau berusia 29 tahun.

Beliau meninggal dunia pada 19 Februari 1993, kira-kira 14 hari sebelum usianya 75 tahun di rumah keluarga beliau di Jalan Stulang Baru, Kampung Melayu Majidee. Walaupun beliau sudah tiada lagi, namun jasanya tetap dikenang hingga akhir zaman.

BAGAIMANA "JALUR GEMILANG" MENDAPAT NAMA

Pada 11 Julai 1995, Datuk Hashim Mat Idris telah mengemukakan usul kepada Perdana Menteri ketika itu, Tun Dr. Mahathir Mohamad agar satu nama khas diberikan kepada Bendera Malaysia.
 
Pada 2 Jun 1997. Tiga nama telah disenarai-pendekkan mengikut keutamaan iaitu Jalur Gemilang, Jalur Nusa Gemilang dan Jalur Sinar Gemilang. Akhirnya nama Jalur Gemilang telah dipilih sebagai nama khas kepada Bendera Malaysia.
 
Setelah 47 tahun digelar sebagai Bendera Malaysia, sempena hari ulangtahun kemerdekaan kali ke-40, pengisytiharan Jalur Gemilang telah dilakukan oleh Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad pada 31 Ogos 1997, jam 11.58 pagi di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur.

MAKSUD NAMA, LAMBANG, DAN WARNA
JALUR -menggambarkan Bendera Malaysia yang mempunyai 14 jalur merah dan putih
           -menggambarkan satu laluan yang lurus dan sama yang diikuti oleh rakyat dari Perlis hingga ke Sabah 
            dalam menuju kegemilangan negara


GEMILANG -bermaksud bercahaya, terang-benderang dan cemerlang. 
Jalur Gemilang memberi pengertian bahawa jalur atau bendera itu melambangkan kecemerlangan negara dan rakyat Malaysia dalam mengharungi apa jua bidang kehidupan dengan bersatu-padu bagi menjaga nama dan menaikkan imej negara. Jalur Gemilang mengandungi 14 jalur merah dan putih, tanda keanggotaan 13 buah negeri dan 1 Wilayah Persekutuan:
1. Johor
2. Kedah
3. Kelantan
4. Melaka
5. Negeri Sembilan
6. Pahang
7. Pulau Pinang
8. Perak
9. Perlis
10. Sabah
11. Sarawak
12. Selangor
13. Terengganu
14. Wilayah Persekutuan

Lambang bulan sabit : Melambangkan agama persekutuan iaitu Agama Islam
Warna kuning : Melambangkan warna diraja Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu 
Lambang bintang berbucu 14 : Melambangkan keanggotaan 13 buah negeri dan 1 Wilayah Persekutuan
Warna biru : Melambangkan perpaduan rakyat yang kukuh 
Warna merah : Melambangkan kesanggupan, keberanian, kegagahan dan kegigihan rakyat menghadapi segala cabaran

-Sumber: http://maribelajar.forumotion.com-

1 ulasan:

  1. Selamat Menyambut Kemerdekaan yang ke 53 untuk semua rakyat Malaysia..Semoga keamanan negara yang kita kecapi sekarang akan terus berkekalan selama-lamanya. Semoga Malaysia akan terus maju.MERDEKA!MERDEKA!MERDEKA!

    BalasPadam