UPSR Countdown

Jumaat, 28 Januari 2011

CUTI SEMPENA SAMBUTAN TAHUN BARU CINA , KELAS TAMBAHAN SEMASA CUTI & UJIAN BULAN FEBRUARI

Salam.

Cuti Tahun Baru Cina
=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=
Para pelajar akan bercuti selama seminggu sempena Sambutan Tahun Baru Cina, mulai 29 Januari hingga 6 Februari 2011. Cuti pada 31 Januari telah diganti pada 22 Januari yang lalu.
Kepada pelajar-pelajar SKLE, isilah waktu cuti anda dengan kegiatan yang berfaedah dan memberi manfaat.

Kelas Tambahan Semasa Cuti untuk Tahun 6
=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=
Pelajar-pelajar Tahun 6 perlu hadir ke sekolah untuk program tuisyen UPSR mengikut ketetapan berikut:
HARI: Sabtu  (29/01/2011)& Ahad (30/01/2011)
MASA: 8-11 a.m.
*Sila bawa SEMUA BUKU berkaitan seperti yang dipesan oleh guru masing-masing. Kehadiran adalah WAJIB.

Ujian Bulan Februari 2011
=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=
Peringatan untuk pelajar-pelajar SKLE,
Ujian bulanan akan dijalankan bermula hari Selasa (08/02/2011) hingga Khamis (10/02/2011). Mata pelajaran yang terlibat hanya lah subjek teras: Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik & Sains. Jadual waktu ujian tidak akan dikeluarkan kerana ujian akan diadakan di dalam waktu Pembelajaran & Pengajaran (P&P), mengikut jadual waktu subjek-subjek tersebut.

Sekali lagi para pelajar diingatkan untuk mengulangkaji pelajaran & bersedia.

Sekian. Selamat Bercuti & Selamat Mengulangkaji!

1 ulasan:

  1. ujian dah tanda pun dah..so mana yg dpt markah rendah tu kene tingkatkan usaha..

    BalasPadam