UPSR Countdown

Isnin, 3 Mei 2010

TIKET CALON PEPERIKSAAN PTK SESI 1 BULAN JUN 2010

TIKET CALON PEPERIKSAAN PTK SESI 1 BULAN JUN 2010
Tindakan :Semua Calon Peperiksaan PTK Sesi 1, Jun 2010
Tarikh:30-04-2010
Unit:PEPERIKSAAN
Oleh:Cik Nurul Syuhadah Bt. Abd Halim



Maklumat:Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia.

Dengan ini perkara di atas dirujuk. Dukacita kami maklumkan bahawa tiket calon peperiksaan PTK yang telah diedarkan mengikut sekolah dibatalkan kerana terdapat masalah teknikal yang tidak dapat dielakkan.


Oleh itu, sekolah-sekolah yang telah mengambil tiket tersebut diminta untuk menyimpannya sebagai simpanan dalaman sekolah sahaja.

Tiket calon peperiksaan PTK sesi 1 bulan Jun 2010 yang terkini akan diberi setelah mendapat maklumat dari Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM).

Kerjasama dari pihak tuan amat kami hargai.

Sekian, terima kasih.