UPSR Countdown

Jumaat, 7 Oktober 2011

Lawatan Ke Loji Air Endau

Pada hari Jumaat, bersamaan dengan 7 Oktober, satu lawatan ke Loji Penapisan Air di Felda Endau telah diadakan. Lawatan ini merupakan salah satu Program Selepas UPSR, dengan 20 orang pelajar diiringi 4 orang guru.


Setibanya kami ke sana, satu taklimat mengenai keselamatan telah diberi oleh salah seorang staf SAJ. 

Peserta rombongan telah dibawa menaiki satu menara yang menempatkan satu penapis besar. Di sini, air mentah dari tasik yang telah dicampur dengan bahan kimia ditapis. Bendasing yang terkumpul dipermukaan air jelas kelihatan, dan baunya yang hamis menusuk hidung.

 Di bilik pam.
 
Lokasi seterusnya ialah Makmal. Di sini, staf bertugas akan memeriksa kualiti air untuk beberapa  tahap dalam tempoh masa yang tertentu.

Rombongan pulang ke sekolah pada jam 10.45 pagi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan