UPSR Countdown

Sabtu, 27 Ogos 2011

Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin


Majlis Khatam Al Qur'an 2011

Satu majlis untuk meraikan pelajar-pelajar yang telah berjaya khatam al-Qur'an telah diadakan pada hari Jumaat, 26 Februari 2011 bersamaan 26 Ramadhan.

Majlis dimulakan dengan bacaan Yasin beramai-ramai oleh guru-guru dan pelajar-pelajar.

Kemudian, Puan Guru Besar telah menyampaikan sumbangan duit raya kepada anak-anak didik SK Lembaga.


Majlis diteruskan dengan bacaan surah-surah lazim oleh sekumpulan pelajar yang tediri dari pelajar Tahun 4, 5 & 6.

Seterusnya, anak-anak yatim menerima sumbangan ikhlas dari sekolah dan guru-guru. 

Sebelum majlis berakhir, sedikit saguhati berupa makanan ringan diedarkan kepada pelajar-pelajar & guru-guru. 
Pelajar perempuan Tahun 6

Guru-guru SK Lembaga Endau 2011

Selamat Menyambut Hari Raya Puasa untuk semua pengunjung blog SK Lembaga ^^

Rabu, 10 Ogos 2011

Takwim Peperiksaan Awam 2011

 
PEPERIKSAAN

TARIKH
Sijil Peperiksaan Malaysia (Ulangan)
(SPMU)
Bertulis
13 hingga 14 Jun
(2 hari)
Ujilan Lisan Khusus Calon Persendirian
(ULKCP)
15 hingga 17 Jun
(3 hari)
Ujian Pencapaian Sekolah Rendah
(UPSR)
Bertulis
13 hingga 15 September
(3 hari)
Penilaian Menengah Rendah
(PMR)
Bertulis
4 hingga 6 Oktober
10 hingga 11 Oktober
(5 hari)
Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM)
Bertulis
12 hingga 13 Oktober
17 hingga 19 Oktober
(5 hari)
Sijil Pelajaran Malaysia
Bertulis
14 November hingga
14 Disember
(16 hari)

CATATAN :

22 November 2011 (Selasa)
Hari Keputeraan DYMM Sultan Johor
27 November 2011 (Ahad)
28 November (Isnin)
Awal Muharram
Cuti Umum
11 Disember 2011 (Ahad)
12 Disember (isnin)
Hari Keputeraan DYMM Sultan Selangor
Cuti Umum

*          Tarikh-tarikh yang dinyatakan adalah tertakluk kepada pindaan.
Sebarang pertanyaan berkaitan takwim peperiksaan bolehlah menghubungi talian berikut:
UPSR  : 03 - 8884 3382
PMR    : 03 - 8884 3394
SPM    : 03 - 8884 3330
STAM : 03 - 8884 3340
Peperiksaan Luar Negeri : 03 - 8884 3346

Selasa, 9 Ogos 2011

Link memuat turun soalan percubaan UPSR 2011

Soalan dari pelbagai negeri dalam bentuk softcopy boleh dimuat turun dari laman web


Terima kasih diatas kerja keras, budi baik & perkongsian  ini  ^^

Jumaat, 5 Ogos 2011

Pengisian Data SSQS 2011

Seperti yang sudah diwar-warkan sebelum ini, semua guru-guru dikehendaki mengisi borang SSQS yang telah diedarkan dengan kadar segera.

Semua borang yang sudah siap diisi perlu diserahkan kepada En. Farid Helmi Mohd. Noor dan seterusnya akan diagihkan di kalangan guru untuk dimasukkan ke dalam sistem online.

Berikut adalah link untuk memuat turun manual cara memasukkan markah ke dalam sistem online.
Sini