UPSR Countdown

Khamis, 29 April 2010

LAWATAN DYMM SULTAN JOHOR KE ENDAU

LAWATAN DYMM SULTAN JOHOR KE ENDAU

Dimaklumkan bahawa DYMM Sultan Johor akan mengadakan lawatan baginda ke Endau pada 30 April 2010 (Jumaat). Lawatan tersebut adalah bertujuan untuk beramah mesra dan meninjau keadaan rakyat jelata.

Harap maklum.

PROGRAM BELAJARLAH SAYANG

TUNDAAN PROGRAM BELAJARLAH SAYANG

Program Belajarlah Sayang untuk pelajar Tahun 6 yang dijadualkan diadakan pada 1 Mei 2010 (Sabtu) akan diTUNDA pada satu tarikh yang akan ditetapkan kemudian. Harap maklum.

SOLAT HAJAT PELAJAR UPSR PELAJAR SK LEMBAGA

SOLAT HAJAT PELAJAR UPSR PELAJAR TAHUN 6 2010

Semua ibubapa Pelajar Tahun 6, AJK PIBG serta guru-guru SK Lembaga untuk bersama-sama menunaikan solat hajat untuk pelajar Tahun 6 yang bakal menduduki UPSR Tahun 2010. Majlis adalah seperti ketetapan berikut:

Tarikh: 29 April 2010 (Khamis)
Tempat: Masjid Kampung Felda Endau
Masa: Selepas solat Maghrib

Semua yang terlibat dijemput hadir.

Isnin, 26 April 2010

EMIS ONLINE - KEPUTUSAN MESYUARAT JAWATANKUASA PENYELARASAN MAKLUMAT ASAS PENDIDIKAN KPM BIL.1/2010

EMIS ONLINE - KEPUTUSAN MESYUARAT JAWATANKUASA PENYELARASAN MAKLUMAT ASAS PENDIDIKAN KPM BIL.1/2010

Tindakan :Pengetua, Guru Besar Dan Guru Data
Tarikh:21-04-2010
Unit:MAKLUMAT-ICT
Oleh:En. Mohd Halil Bin Haji Ali



Maklumat:
Merujuk kepada Minit Mesyuarat Jawatankuasa Penyelarasan Maklumat Asas Pendidikan Kementerian Pelajaran Malaysia Bil.1/2010 pada 9 dan 10 Mac 2010 di Shah Alam, Selangor antara lain memutuskan:-

1. Maklumat CONVERSION COURSE hendaklah dimasukkan dalam KELULUSAN IKHTISAS dengan tidak membuang ikhtisas asal. Ini bermakna guru berkenaan mempunyai lebih dari satu Kelulusan Ikhtisas.

SUMBANGAN DERMA UNTUK ANAK YATIM DAERAH MERSING SEMPENA PERAYAAN HARI GURU DAERAH MERSING 2010

SUMBANGAN DERMA UNTUK ANAK YATIM DAERAH MERSING SEMPENA PERAYAAN HARI GURU DAERAH MERSING 2010
Tin
dakan : Pengetua Dan Guru Besar
Tarikh : 22-04-2010
Unit : PENGURUSAN SEKOLAH

Oleh : En. Jamaluddin Bin Shahran
Maklumat : Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

Sehubungan itu, mohon kerjasama tuan dapat membuat pungutan derma tersebut. Pungutan derma hendaklah diserahkan kepada Guru Besar SK LKTP Tenggaroh 3 dalam bentuk cek atas nama "HARI GURU DAERAH MERSING".

Tarikh akhir penyerahan derma tersebut sebelum atau pada hari Khamis, 13 Mei 2010.

Sekian untuk makluman dan tindakan pihak tuan selanjutnya. Surat berkaitan dengannya telah pun diedarkan ke sekolah-sekolah.


Isnin, 19 April 2010

PERANAN GURU PEMULIHAN KHAS DALAM PROGRAM LINUS

Tindakan : SEMUA GURU BESAR DAN GURU PEMULIHAN KHAS DAERAH MERSING
Tarikh : 19-04-2010
Unit : UMUM
Oleh : En. Nizar Bin Awang


Maklumat : Merujuk surat JPNJ/UPK/33/0058 Jld.2(48) bertarikh 17/04/2010 adalah jelas maksudnya dan dirujuk .

Sila patuhi arahan yang telah dikeluarkan oleh pihak jabatan untuk perhatian dan tindakan pihak tuan.

Lampiran: MAKLUMAT DETAIL

PERTANDINGAN VIDEO PENCERITAAN

Anjuran: Faslitator Schoolnet Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia Wilayah Selatan
Penyertaan: Semua Sekolah Rendah dan Menengah di Johor dan Melaka (yang mempunyai Fasilitator Schoolnet)
Seramai 4 orang pelajar dari SK Lembaga telah dipilih oleh Fasilitator Schoolnet SK Lembaga (Nik Yardish bt Nik Mohamed Aman) untuk menyertai pertandingan ini. Pelajar yang terbabit ialah:
  1. Muhamad Nazmi bin Zainuddin
  2. Nurul Fatin Fatihah bt Mehammad
  3. Razimah bt Ariffin
  4. Siti Nurwahida bt Shamsudin

Pelajar ini akan mendapat bimbingan daripada Fasilitator terbabit setiap hari.

Maklumat pertandingan adalah seperti lampiran:Iklan dan Syarat Pertandingan

Khamis, 15 April 2010

PENGHANTARAN KUTIPAN DATA LDP SECARA SCHOOL BASED TAHUN 2010

Tindakan :PENGETUA/GURU BESAR/ PENYELARAS LDP SEKOLAH-SEKOLAH DAERAH MERSING
Tarikh:15-04-2010
Unit:KURIKULUM
Oleh:En. Dzulkifli Bin Jaafar



Maklumat:
Pihak PPD Mersing mengucapkan terima kasih kepada semua pihak sekolah yang telah dapat menghantarkan Data LDP Secara School Based sebelum atau pada tarikh 12 April 2010. Kerjasama daripada pihak tuan telah membolehkan saya menghantarkan data tersebut ke Jabatan Pelajaran Johor mengikut masa yang ditetapkannya iaitu sebelum 13 April 2010.

Bagaimanapun ada sebanyak 4 buah sekolah yang masih belum diterima data LDPnya sehingga tarikh ini, lantas tidak dapat dihantarkan ke JPNJ. Sekolah tersebut ialah :

1. SK Lembaga Endau
2. SK Tg Resang
3. SK Tanah Abang
4. SK Sri Mersing

Sekian, terima kasih.

KOMPUTER MUDAH ALIH DALAM POKET


Telefon bimbit pintar terkini Garmin Asus M10 telah dilancarkan dan berada di pasaran negara ini. Garmin Asus M10 merupakan telefon pintar pertama dunia yang mempunyai nagivasi GPS dan rangkaian media sosial semuanya dalam satu telefon nipis dan pakej bergaya meliputi telefon pintar, navigasi pintar dan gaya hidup pintar.

Model M10 yang menggunakan Window Mobile 6.5.3 Professional, menjadikannya komputer mudah alih yang muat dimasukkan dalam poket.

Melayari Internet, menonton video, bermain permainan komputer, menghantar e-mel, menulis dokumen yang semuanya boleh dilakukan hanya dengan satu sentuhan skrin 3.5 inci yang mesra pada hujung jari.

Garmin Asus M10 juga serasi dengan Microsoft Exchange membolehkan temu janji, kontak dan e-mel sentiasa berada dekat dengan pengguna.

Rabu, 7 April 2010

Maklumat Terkini

Perhatian kepada guru dan staf SK Lembaga, sebarang aktiviti/hebahan bolehla terus berhubung dengan Fasilitator SchoolNet untuk hebahan terkini/kemaskini maklumat di Laman Blog Sekolah. Kerjasama anda amat dialu-alukan. Terima kasih..

Selasa, 6 April 2010

Zoom-A

Kepada semua pelajar yang terlibat dengan Zoom-A terutamanya pelajar Tahun 6 sila akses Laman Zoom-A seberapa kerap yang mungkin untuk menjawab soalan Latih Tubi yang disediakan. Sebarang permasalahan, sila berhubung dengan Fasilitator SchoolNet sekolah (Nik Yardish)/Encik Puade bin Jamak dengan kadar segera. Terima kasih.

Program Bestari ICT



Program Bestari ICT telah diadakan pada 17 Mac 2010 (Rabu). Pelajar yang terpilih untuk menyertai program ini adalah seramai 15 orang terdiri daripada pelajar Tahap 2. Topik yang diajar pada program tersebut merangkumi topik-topik yang terkandung di dalam Microsoft office Power Point. Program Bestari ICT adalah inisiatif daripada Badan Permuafakatan Fasilitator SchoolNet Daerah Mersing. Sekolah- sekolah yang terlibat:
  • SK Lembaga
  • SK Pusat Air Tawar
  • SJKC Chiao Ching
  • SK Tenggaroh 6
  • SK Tenggaroh 3
  • SMK Anjung Batu
  • SM Sains Sultan Iskandar
  • SMK Nitar
  • SMK Tenggaroh A
  • SMK Sri Mersing
Semoga dengan perlaksanaan pelbagai program berasaskan ICT oleh Fasilitator SchoolNet (FS) di setiap sekolah yang terbabit dapat membantu pelajar dan warga sekolah untuk terus maju dalam bidang ICT.